Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Trip Pompei yang menginsafkan

Walaupun kisah Pompei telah saya baca berulang kali dari buku Harun Yahya maupun dari catitan kisah sejarah barat, dan juga dari filem ‘Pompei’ yang memberi gambaran jelas disaat akhir kebinasaan bandar tersebut; ianya tidak sama dengan kejutan minda apabila dapat melihat kesan-kesan Pompei dengan mata kepala sendiri.

Kawasan Pompei adalah berkeluasan 170 ekar dan 3 hari adalah terbaik untuk menjelajah bandar ini sepenuhnya. Saya nasihatkan anda menggunakan servis local guide untuk memberi penerangan secara terperinci berkenaan sejarah Pompei.

Pompei berdekatan dengan Naples dan anda boleh berulang alik dari bandar ini sebagai base. Dari Naples anda boleh juga menjelajah ke Pulau Capri, Sorrento dan Amalfi coast.

Mount Vesuvius yang jauhnya 5 batu dari Pompei meletup pada 79 CE mengakibatkan 2,000 penduduk mati dan ‘freeze‘ kerana gas beracun mengakibatkan seluruh bandar Pompei ditimbuni oleh lava ash sedalam 16 kaki selama 1700 tahun.

Kisah Nabi Lot as dan bandar Sodom dan Gomorah berdekatan Laut Mati di ceritakan di dalam Al Quran, tetapi kesan kebinasaan sehingga kini masih belum dapat dikesan. Walhal kebinasaan bandar Pompei, artifact serta cast mayat yang ‘freeze‘ dapat lihat dengan jelas akibat kemaksiatan yang mereka lakukan dan bala dari Allah yang ditimpakan ke atas mereka.

Mayat-mayat yang di cast dapat dilihat; ada seperti terkaku kebingungan, ada yang kelihatan keperitan diwajah mereka, setengah mereka tercengang mati sedang melakukan berbagai aksi sex, dan bermacam lagi perlakuan manusia diakhir nyawa mereka di kakukan untuk tatapan kita semua sebagai iktibar. Kesemua nya mati mengejut disebabkan oleh gas beracun dari letupan Lava gunung Vesavius.

Sedang tidur ketika malaikat maut datang. Dari posisi tidur beliau mati mengejut kerana hidu gas beracun.

Pompei lengkap dengan kedai-kedai, villa-villa pembesar, arena gladiator, brothel (rumah pelacuran) tempat mandi awam dan sistem jalan raya seperti bandar moden yang dirancang. Sejarah dan gambar-gambar menunjukkan kemaksiatan berleluasa di Pompei dan perlawanan gladiator adalah satu hiburan untuk penduduk disitu.

Lawatan ke Pompei sedikit sebanyak telah memberikan keinsafan kepada diri saya dan tidak mustahil kemusnahan seperti di Pompei boleh berlaku lagi jika aktiviti kemaksiatan dipeloporkan dan tidak dibendung.

Surah qaf:36

وَكَمْ أَهْلَكْنَا قَبْلَهُم مِّن قَرْنٍ هُمْ أَشَدُّ مِنْهُم بَطْشًا فَنَقَّبُوا فِي الْبِلَادِ هَلْ مِن مَّحِيصٍ

But how many generations before them did We destroy (for their sins),- stronger in power than they? Then did they wander through the land: was there any place of escape (for them)?

Mount Vesuvius meletupkan lava pada bulan Ogos 79 CE. Ogos adalah dimusim summer, dan Pompei adalah bandar istirehat untuk pembesar Rom kerana Pompei adalah bandar ‘happening‘, berdekatan dengan pelabuhan di Bay of Naples dan menjadi tarikan perempuan dari benua berdekatan mencari kehidupan mewah.

Mati dalam keadaan duduk. Nampak tak bagaimana kematian datang dengan tiba-tiba sehingga tidak sempat baring.

Saya perhatikan dalam pompei tempat brothel mempunyai menu, bukan menu seperti di McDonald, tetapi menu bergambar untuk pilihan citarasa masing-masing kerana terlalu ramai bangsa asing yang menghidupkan kemaksiatan di brothel dan bahasa menjadi satu masalah besar bagi mereka. Sex songsang hanya dibenarkan untuk pembesar-pembesar Rom sahaja tetapi menjadi satu kesalahan untuk rakyat marhaen di Pompei.

Semasa disana, saya boleh merasakan kesibukan Pompei di zaman itu kerana kedai-kedai terutamanya kedai pembuat roti siap dengan oven batu memang berderet-deret disetiap jalan. Hanya saya merasakan pelik apabila jalan raya yang diperbuat dari basalt rock slab, untuk pejalan kaki dan chariot juga digunakan sebagai terusan sewer (najis).

Di AlHambra, Andalusia orang muslim Spain menggunakan sistem pembentungan najis seperti apa yang kita ada di zaman moden sekarang ini. Air dari gunung Sierra Nevada di empangkan dan disalur menerusi terusan secara graviti ke istana AlHambra. Orang Islam ‘ahead and advance’ dari segi taharah atau kebersihan diri dari bangsa lain di zaman itu.

Ampitheatre dan coliseum juga terdapat di Pompei kerana orang Rom meminati perlumbaan chariot dimana berjudi adalah satu daripada kesukaan dan tabiat mereka. Gladiator dari benua luar dan hamba abdi berjuang dan bermatian sebagai satu sumber hiburan orang-orang Pompei.

Sekarang Coliseum Pompei mempamirkan mayat mayat cast disatu tempat. Siapakah agaknya gerangan mayat mayat yang Allah jadikan tuntunan ramai sebagai iktibar kepada kita semua?

Kalau anda berada di Rome, luangkan beberapa hari ke Pompei (juga ke Sorrento dan Amalfi Coast), agar kita mendapat keinsafan dari kesilapan orang terdahulu dan insyaAllah kita mendapat iktibar dari peristiwa kemusnahan Pompeii.

Sedang merangkak cuba melarikan diri dari lava tetapi tak sempat dan terus mati kaku.
Petunjuk jalan yang berupa kemaluan lelaki ke arah rumah pelacuran.
Bila bala datang, tidak kira kanak-kanak.
Pompei adalah bandar terancang dibina oleh orang Rom.
Gunung Vesuvius yang memuntahkan lava dan gas beracun pada tahun 79 CE.
Gambaran bandar Pompei dengan sistem jalan raya yang tersusun. Dari jalan masuk ke penghujung Pompei adalah sejauh 2 km.

Wallahu a’lam

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.