Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Trip Lata Penyel yang mengasyikkan

Perjalanan dari Sg Siput ke Lata Penyel mengambil masa sejam walaupun hanya 60km sahaja. Sepanjang perjalanan kami berselisih dengan berbagai lori balak hantu.

Industri pemusnah ekosistem masih berjalan dengan rancak dan saya lihat kiri kanan anak sungai mengalir air teh susu seperti Sungai Kelantan. Jalan yang baik kelihatan mulai rosak akibat overloading lori hantu. Adakah Pihak Berkuasa tahu perkara ini atau tutup sebelah mata? When will they ever learn?

Apabila sampai di perkampongan orang asli kami unload semua barang dan nego dengan wakil mereka kos mengangkut semua barangan camping dan makanan.

Kami bawa semua peralatan BBQ, satay cucuk, kambing perap dan sardin tin. Tentunya orang pencen bila bercamping tidak mahu berlapar. Porter suku temiar steady aje angkat 20kg seorang, dengan kami berlenggang kangkong. Tu namanya camping with style.

Trail ke air terjun diselenggara elok dan ada beberapa bukit kecil perlu didaki walaupun kebanyakan nya tanah landai. Jika anda pernah hiking di Bukit Gasing begitulah trailnya sejauh sebatang hisapan rokok, kata orang asli (anggaran 20 minit atau 1 km).

Lata penyel nama tempat air terjun dan saya terpegun sebentar ‘in awe’ melihat air terjun setinggi 60 meter dikelilingi kehijauan hutan tropikal khazanah negara. Subhanallah engkau ciptakan ini bukan dengan sia-sia.

Saya sudah sampai Iguazu Falls yang gah di Brazil/Argentina dan melihat kecantikan Niagara Falls di Canada. Begitu juga Sendeng Gile di Lombok tetapi Lata Penyel mempunyai kehebatannya tersendiri.

Kesejukan suasana hutan tropikal dengan tempias air terjun berkabus dan udara caj ions negatif membuatkan anda rasa segar dan revitalis. Tentunya saya terus berendam dan merasai efek massaging air terjun yang dingin. Wow sungguh nikmat.

Tok Batin dan komuniti orang temiar telah membina 10 chalet dari bahan hutan. Ianya bukanlah chalet seperti resort high end tetapi hanya pondok dengan dinding dari buluh dan atap bertam. Ini lah Air BnB sebenar dimana anda akan sentiasa berangin ‘AIRy’ kerana dinding buluh dibina setengah sahaja. Sewaan hanya RM80 yang boleh memuatkan kami 8 orang.

Jika anda inginkan privacy, saya cadangkan bawa tent kecil yang boleh didirikan diatas pangkin pondok. Disediakan pondok common area simple untuk masak tetapi semua peralatan memasak perlu dibawa sendiri.

Tandas lebih baik dari negara Central Asia dengan sistem tandas jirus yang bersih dan ada air paip yang disalurkan dari air terjun. Tiada campsite dikawasan air terjun bermakna anda perlu menyewa pondok dari Tok Batin. Pool tempat terjunan air tidak dalam tetapi batu sekelilingnya licin. Elok bawa bersama kasut getah untuk berjalan atas batu.

Jam 5 petang suasana sudah gelap kerana kawasan hutan, dan tanpa letrik anda perlu bawa lampu perkhemahan untuk menerangi kawasan. Sleeping bag wajib dibawa kerana kedinginan malam menusuk tulang dalam hutan belantara seperti tidur dibilik aircon 16’C.

Kepada kaki pengotor pembuang sampah merata, ini bukan tempat anda. Pergilah Port Dickson yang mudah sampai dan puaskan hati bersampah disana. Situ kakitangan MPPD akan membuang sampah untuk anda, tetapi tidak di Lata Penyih. Lagi pun tempat ini berhantu dan residen pontianak akan mengacau kaki pengotor dan pembuang sampah. Main jauh jauh ya.

Biarlah tempat ini pristin seperti 1000 tahun dahulu tanpa orang seperti anda merosakkan alam.

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.