Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Trip Jasper Canada

Ramai orang Malaysia mengenali Jasper/Banff dan menjadi idaman setiap pengembara untuk menjejak kaki ke kawasan west coast Canada ini.

Pelancung Malaysia ramai dah sampai mengikuti tour agency tetapi harganya mahal kerana kos penerbangan, penginapan dan pengangkutan yang tinggi di Canada.

Ada tour agency yang mengenakan caj Rm25k untuk trip 12 hari ke Vancouver, Jasper dan Banff sahaja.

Semasa membuat planning itinerari ke Canada memang saya sudah menjangka kosnya tinggi setelah menyemak harga hotel dan rumah Air BnB, lebih lebih lagi di peak period semasa musim summer.

Untuk mengurangkan bajet kami membawa paste masakan dari Malaysia dan cuba sedaya upaya memasak sendiri kerana kos makan di restoren halal (jika ada) memang tinggi. Sekurang kurangnya penjimatan dari memasak sendiri dapat compensate harga lodging yang tinggi.

Di Jasper dan Banff harga hostel dalam bilik dormitori pun mencapai sehingga Rm700 seorang semalam. Selama seminggu di Jasper dan Banff kami bajet Rm1000 semalam untuk lodging. Ini bermakna seorang membelanjakan Rm350 semalam (kami travel bertiga).

Ramai turist menyewa campervan dan RV tetapi saya perhatikan fasiliti camping site di Canada tidak sebaik di New Zealand. Disini camping site hanya menyediakan WC sahaja tanpa ada tempat mandi atau fasiliti lain.

Apa yang spesialnya Jasper dan Banff?

Kedua dua bandar kecil ini terletak ditengah National Park yang diiktiraf sebagai Unesco world heritage site. Terdapat berpuluh tasik, sungai yang dikelilingi puluhan gunung dan hutan conifers dengan pemandangan yang ‘picturisque and awe-inspiring scenery’.

Mere words will not do justice to describe the beauty of this place. You have to see it for yourself.

Pemandangannya seperti di pergunungan ‘Kyrgyzstan, Switzerland and Norway all put together’, tetapi dengan lebih banyak tasik besar yang indah dan serene.

Kyrgyzstan mempunyai beberapa tasik besar sahaja tetapi kawasan sekitar Jasper dan Banff mengandungi puluhan tasik dalam kawasan National Park mereka.

Alam sekitar Jasper dan Banff juga sangat bersih seperti New Zealand dan kelebihanya ialah lebih banyak sungai dan hutan belantara tanpa padang ragut berbanding di New Zealand.

Apa yang menjadi masalah besar kepada semua pelancung ialah kos dan standard of living yang sangat tinggi di Canada. Bukan setakat kami yang mengeluh, tetapi visitors dari US, Greece dan Germany yang kami temui semua merintih tentang kos tinggi di Canada.

Untuk masuk ke National Park diseluruh Canada pun, setiap pelawat dikenakan fees sebanyak $10 (Rm32) seorang sehari. Kami membeli permit untuk famili setahun dengan harga $136 (Rm435) kerana lebih murah.

Jangan lupa juga kos visa Canada yang berharga Rm650 multiple entry yang dibayar semasa memohon dimana duit hangus walaupun visa tidak lulus.

Bajet asal saya adalah seperti berikut (per pax):

1. Flight KL-Toronto-Vancouver-Toronto-KL) – Rm5k
2. Sewa kereta dan petrol – Rm3k
3. Lodging – Rm3k
4. Makanan – Rm1k

Jumlah – Rm 12k untuk 3 minggu di Canada (east dan west coast). Bajet belum masuk lagi kos trip kami ke Mexico dan Cuba, yang harganya mungkin tidak setinggi di Canada.

Perbelanjaan akhir hanya akan diketahui apabila pulang ke Malaysia nanti.

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
kutuberahak.com
FB: Zainuddin Omar

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.