Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Trip Istanbul dulu dan sekarang (1978-2020)

Pada tahun 1978 saya menghabiskan masa selama sehari di Topkapi museum kerana melihat banyak artifak dan peninggalan sejarah Islam di museum tersebut.

Kebanyakan barangan rasulullah saw seperti baju, perisai, pedang dll masih disimpan dengan baik di Istanbul dan tidak di Madinah.

Semasa zaman khalifiyah Uthmaniah semua barangan rasulullah saw dibawa secara paksa dari tanah Hijaz ke Istanbul atas arahan Khalifah kerana ianya pusat pemerintahan Islam selama 700 ratus tahun.

Secara peribadi pada pendapat saya memang ianya satu langkah yang bijak kerana orang Hijaz pada zaman dahulu tentunya tidak suka barangan rasulullah saw dijadikan bahan pamiran.

Jika dahulu nya artifak tersebut tidak dibawa ke Istanbul tentu sekarang ianya menjadi milik peribadi orang persaorangan di tanah Hijaz kerana pada mereka barangan peninggalan sejarah tiada nilai.

Habis semua rumah rasulullah dan peninggalan sejarah lain yang sekarang ini diruntuhkan.

Terpegun juga pada masa itu melihat pedang saidina Omar ra dan Ali ra yang sangat besar dan panjang manakala pedang saidina Othman hanya kecil sahaja.

Dengan saiz pedang kita sudah boleh mengukur bagaimana peribadi dan penampilan mereka.

Pada tahun 1978 Turki masih menggunakan matawang Lira yang berdenominasi million seperti di Indonesia.

Barangan sangat murah dan harga secawan apple tea hanya lebih kurang 50 sen Malaysia. Sekarang ini harganya 1 Euro (Rm5).

Peniaga grand bazaar sangat ganas pada zaman tersebut tidak seperti sekarang dan mereka suka menarik tangan pelawat ke kedai mereka terutama yang menjual carpet.

Masjid di Istanbul pada era tersebut pula kosong bila masuk waktu hanya imam, makmum dan beberapa jemaah yang sudah berumor bersolat. Orang muda memang tidak kelihatan, tidak seperti sekarang.

Azan memang berkemundang disetiap 500 buah masjid di Istanbul tetapi tiada ramai jemaah ke masjid.

Apabila selesai solat, mereka akan memeluk saya kerana tidak menyangka ada pemuda belasan tahun dari Malaysia bersolat bersama mereka, walaupun mereka tidak tahu dimana Malaysia.

Saya hanya memperkenalkan diri sebagai Musalman Malasie (muslim dari Malaysia).

Semasa itu bulan ramadan dan kedai makan dibuka seperti biasa penuh dengan pelanggan. Saya tidak berasa langsung suasana ramadan seperti di Malaysia.

Pada orang turki, ritual agama adalah hak peribadi, nafsi-nafsi dan sesiapa tidak boleh mempersoalkan nya terhadap orang lain.

Kerajaan Uthmaniah memerintah dari tahun 1299 sehingga 1923, lebih 700 tahun dimana Istanbul telah menjadi pusat Islam sedunia.

Walaupun begitu pemerintahan sekular Kamal Atartuk 1923-1938 selama 15 tahun telah merosakkan jiwa keislaman tiga generasi rakyat turki sehingga sekarang.

Begitu juga pemerintahan 70 tahun regim komunis di negara Balkan dan negara Stan telah memerapkan tiga generasi umat Islam.

Islam di Al Andalus atau Islamic Spain bertahan selama 800 tahun dari 711 hingga 1492 tetapi berapa orang Islam generasi al andalus yang masih ada sehingga kini?

Alhamdulillah sekarang ini nampak perubahan ketara di Istanbul dan Turki dimana masjid penuh dengan jemaah bila masuk waktu solat, dari pengamitan saya sekarang ini.

Banyak jasa parti AKP dan Erdogan walaupun 49% rakyat turki masih tidak bersetuju dengan mereka.

Kerajaan AKP banyak menerapkan ciri-ciri Islam dan berkebajikan kepada rakyat dalam pemerintahan mereka tanpa perlu melaung slogan keagamaan atau mengkafir dan mencerca rakyat yang tidak menyokong mereka.

Dimerata tempat projek infrastruktur sedang giat dijalankan dan airport baru dengan ‘the world’s largest terminal under one roof’ dijangka siapa pada tahun ini kerana Ataturk airport tidak boleh menampung begitu ramai pelancung ke Turkey setiap tahun.

Pengalaman travel yang menjangkau 40 tahun ke Istanbul meninggalkan kesan mendalam didalam jiwa saya, terutamanya apabila melihat kesan dan suasana bagaimana umat Islam terumbang ambing dibumi Uthmaniah selama itu.

Wallahu a’lam.
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.