Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Trip ibrah sandaran dari Al Quran – scuba diving dan mukjizat Al Quran

Saya ceburi dunia scuba diving pada November 2017 dan setakat ini hanya telah log 50 dives sahaja. Sehingga kini saya hanya mampu memperolehi lesen PADI setakat Advance Open Water yang diperolehi semasa trip diving di Raja Ampat Papua Indonesia. Banyak lagi ‘certification’ yang perlu dicapai.

Bertembung dengan whale shark di Oslob Philippines.

Dunia hidupan lautan sangat menakjubkan dan itu agaknya yang menyebabkan kaki diving menjadi ‘addicted’ terutama mereka yang meminati NUDI dan hidupan laut makro. Saya lebih meminati pemerhatian kepada berjenis jenis ikan kecil dan besar bewarna warni bermain main di corals.


Para divers semestinya faham berkenaan drift dan ‘underwater currents’ yang terdapat didalam lautan. Ada yang berminat dengan ‘drift dive’ kerana badan terasa ‘weightless’ dan melayang didalam air tanpa perlu banyak tenaga ‘finning’.


Sebelum diving saya hanya ‘take for granted’ kata kata kawan berkenaan drift dalam lautan ini. Apabila sendiri berada didalam lautan, saya boleh rasakan ada berlapis lapis arus didalam air.
Didasar laut boleh terasa arus yang perlahan, bila naik di ‘mid water’ terasa arus yg kadang kala kencang dan kadang kala perlahan. Begitu juga bila membuat ‘safety stop’ 6 meter dari paras laut, terasa juga arus yang berbeza. Ini bermakna didalam lautan terdapat berlapis lapis arus yang berlainan.


Itu yang membuat saya tergamam apabila membaca ayat Al Quran 24:40 (surah An-Noor ayat 40)
yang bermaksud:
“Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis – apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar)”.


Hayati maksud ayat:
….. yang diliputi oleh ombak bertindih ombak….. Ianya bermaksud berlapis lapis ombak berada didalam lautan.


Kepada mereka yang tidak boleh berfikir sendiri dan selalu mengharapkan para ostat menterjemahkan semua ayat al quran, sila tanya ostat ostat yang bukan diver dan tentunya mereka tidak faham apa maksud ayat “…ombak bertindih ombak…” tersebut tetapi kepada para diver ianya satu mukjizat Al Quran yang dapat dirasai dan dihayati apabila berada didalam lautan.

Bagaimana bangsa arab 1400 tahun dahulu yang tinggal ditengah padang pasir tahu mengenai dunia maritim dimana terdapat ombak yang berlapis lapis didalam lautan? Tentunya ilmu fenomena maritim ini datang dari kuasa yang maha besar dan maha mengetahui.


Sebagai diver novice, saya memang suka memerhatikan gelagat ikan yang bermain di corals tak kira kecil atau besar. Apabila rakan scuba divers lain menjadi Nudi, saya suka memerhatikan ikan-ikan kecil bermain di coral.

Ikan besar seperti kerapu, kertang dan jenahak selalunya menjadikan lubang lubang dibawah coral didasar lautan sebagai habitat. Tersangat cantik pemandangan beribu ribu ikan kecil berwarna rainbow berlegar legar dicoral mencari makanan.


Terdapat 20,000 species ikan dilautan dan warna mereka ‘camouflage’ dengan warna habitat kawasan yang didiami.

Antara ribuan ikan, clownfish (Nemo fish) menarik perhatian saya dimana clownfish ini femes setelah keluarnya movie ‘Finding Nemo’ (lihat gambar).

Nama sebenar clownfish adalah aNEMOnefish kerana ia tinggal didalam sea anemones sebagai tempat kediaman. Terdapat 28 species anemonefish ini, dengan warna pink, merah, kuning, hitam, coklat, dengan stripe yang berwarna warni.


Sea anemones (disebut ana-mo-ne) adalah sea animal yang mempunyai genetik coral bercampur marine animal yang tinggal didasar lautan. Ia menggunakan ‘tentacles’ (seperti octopus) untuk mencari makanan kerana ‘tentacle’ anemones ini mengeluarkan toxin apabila binatang prey atau predator mengusiknya.

Yang peliknya, hanya clownfish sahaja yang boleh tinggal bersama sea anemones kerana ia telah mendapat imuniti dari toxin dengan mengeluarkan ‘mucus’ yang menutup semua bahagian badan clownfish ini.


Kedua dua clownfish dan sea anemones membina perjalinan ‘symbiosis atau mutualistic’ – ‘i scratch your back you scratch my back’. Sea anemones memberi perlindungan dan lebihan makanan kepada clownfish manakala clownfish membawa makanan kepada sea anemones dan membersihkan anemones dari parasites.

Apabila saya mendekati sea anemones ini saya perhatikan beberapa ekor clownfish akan keluar masuk dari rumah sea anemones nampak seperti ‘menacing’ terhadap saya, cuba mempertahankan rumahnya dari ancaman musuh.

Dari kajian marine biologist memang sea anemones akan mempertahankan clownfish dari ancaman predator lain, dan ‘vice versa’.

Subhanallah, apabila melihat dengan mata kepala sendiri ‘relationship symbiosis’ ini diantara makhluk yang tiada berakal, betapa besarnya ‘mercy’ Allah SWT yang telah mengatur semua kehidupan ciptaannya dan memastikan rezki masing masing.

29:60:
How many are the creatures that carry not their own sustenance? It is Allah who feeds (both) them and you: for He hears and knows (all things).
Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
– Surah Al Ankaboot 29:60

Lihatlah bagaimana terjadinya satu jalinan symbiosis makhluk yang tiada berakal dimana Allah memberi jaminan rezeki kepada mereka.
Selain itu lihatlah surah surah yang membicarakan berkenaan lautan iaitu surah An Nahl 16:14 dan surah Fatir 35:12 semua nya berakhir dengan maksud:
“….that ye may be appreciative”

Apabila saya scuba diving dan melihat dunia hidupan lautan memang hati selalu berasa ‘appreciative’ kagum dengan ciptaan Illahi serta hati tidak lekang dengan zikir Subhanallah.
Jadilah kita traveler, diver dan manusia yang sentiasa berfikir serta selalu menghayati kebesaran dan kekuasaan Allah swt.

Wallahu a’lam.

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.