Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Trip Bergen ke Flam, Norway

Perjalanan overland dari Bergen ke Flam sejauh 100 km memang mengasyikkan. Dikiri kanan jalan raya terbentang gunung ganang dan tasik luas terbentang.

Kami menggunakan google maps dan maps.me sebagai navigation tools tetapi sebenarnya tidak perlu kerana signboard memang banyak di jalan raya.

Google maps boleh digunakan secara offline dengan muat turun peta yang diperlukan dengan wifi sebelum perjalanan. Mereka yang berkembara menggunakan kereta sewa pastikan pandai dalam navigation menggunakan google maps atau maps.me secara offline untuk menjimatkan kos data.

Kami berhenti sekejap di Tvindefossen waterfalls untuk menghayati air terjun yang sangat cantik. Memang saya terpaku seketika melihat keindahan alam semulajadi dengan kesejukan udara autumn yang crisp dan kesegaran ion negatif air terjun.

Pada musim autumn memang ada kecantikan nya yang tersendiri. Dengan pokok yang berwarna keemasan dan gunung ganang berwarna kekuningan dan melihat daun daun berterbangan dalam udara yang crisp memang mengusik jiwa.

Ya, setiap season ada special nya. Summer tentunya cantik, tidak perlu terkejar siang hari tetapi sesak dengan pelancung. Autumn dengan kecantikan daun pokok kekuningan dan suasana daun luruh, sejuk dan kurang pelancung, tetapi perlu pandai mengejar siang.

Winter dengan keindahan salju putih yang menyengat hati tetapi siangnya terlalu pendek. Spring semua tampak keriangan terutama burung burung berkecipan setiap masa dengan hati kita terasa girang tetapi penuh dengan pelancung dimana mana.

Di Flam tiada petunjuk jalan ke stesen keretapi tetapi akhirnya berjumpa juga kerana ianya bersebelahan Railway museum dan wharf. Flam hanya perkampungan kecil tetapi sangat popular dengan pelancung.

Ramai pelawat menaiki feri dari Flam melalui fjords ke Bergen dan return. Ianya satu laluan yang spectacular tetapi agak mahal.

Kami menaiki scenic Flam railway dari Flam ke Myrdal dan return selama 2 jam untuk melihat kecantikan valleys, gorges, gunung ganang, air terjun dan perkampungan disepanjang perjalanan. Kos joyride berharga Rm255 dan train penuh dengan pelancung.

Jam 5pm kami sudah berada di hostel Brekke Gard dan checkin bilik yang hanya ada 4 katil dan shared bathroom serta kitchenette dengan harga 729 Kr (Rm420) semalam. Kalau di Malaysia dengan harga tersebut tentunya berupaya menyewa bilik hotel 5 bintang di Kuala Lumpur.

Norway memang mahal.

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
Kutuberahak.com
FB: zainuddin omar

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.