Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Tips Carian Aurora Borealis.

Beberapa rakan melawat Norway dan Sweden baru baru ini tetapi pulang dengan perasaan hampa kerana tidak bertemu dengan fenomena Aurora Borealis (AB). Selain AB anda perlu juga alami fenomena Midnight Sun dikawasan ini pada musim summer. Alhamdulillah saya sudah merasai kedua dua keajaiban bumi ini. AB adalah fenomena alam yang natural dan ianya bukan seperti melawat zoo dan anda pasti berjumpa dengan binatang singa yang anda teringin melihatnya.

Ada beberapa tips yang anda perlu tahu untuk meninggikan peluang bertemu dengan AB. Kebanyakkan pelawat Malaysia berharap bertemu AB di Norway, Sweden dan Iceland. Sebelum berkembara buatlah search google untuk mengetahui cara penggunaan beberapa Apps yang boleh meramal kemunculan AB. Alhamdulillah dalam trip Northern Norway dan Sweden selama sebulan kami bertemu AB sebanyak tiga kali di Geiranger, Lofoten Island Norway dan di Abisko Sweden.

Sebenarnya ianya bukan kebetulan kerana kami memang merancang untuk mencari tempat bertemu dengan AB ini. Saya perturunkan beberapa tips untuk berjumpa dengan AB:

  1. Masa terbaik untuk melihat AB adalah antara September, Oktober, November, Disember, Januari, Februari dan Mach. Ini bermakna anda perlu bersiap sedia dengan pakaian winter kerana suhu boleh menjunamkan kepada paras -10’C.
  2. Tempat paling terbaik adalah di Abisko Sweden kerana ianya mempunyai micro climate tersendiri. Ini bermakna langit di Abisko tidak banyak awan dan selalu clear weather. Anda boleh menunggu di Narvik, Tromso dan kawasan Lappland Finland tetapi peluang berjumpa AB di Abisko adalah lebih tinggi.
  3. 2 jam sebelum kemunculan AB, Apps akan memberi notis. Pastikan anda sentiasa up to date dengan notification dari AB Apps.
  4. Bersedia menanti kemunculan AB selama beberapa jam dalam suhu -5 hingga -10’c. Kami menunggu dalam kereta sewa ditepian tasik di Abisko. Di Lofoten Island kami dapat melihat dari hotel dan di Geiranger hanya dari rumah Air BnB.
  5. Perlu berjaga malam untuk menunggu kemunculan AB sehingga lewat malam. Semasa di Abisko, AB hanya mula bermain dikaki langit dari 10 malam hingga tengah malam walhal Apps meramalkan kemunculan pada 8 pm. Jikalau malas dan suka masuk selimut waktu malam dalam keadaan suhu nyaman dibilik hotel, tentu akan berjumpa AB dalam mimpi sahaja.
  6. Pastikan belajar cara mengambil AB photography menggunakan DSLR dengan setting yang bersesuaian dengan tripod. Camera phone tidak termampu merakam pergerakkan AB. Rugi kalau berjumpa AB dan tidak bersedia dengan peralatan photography.
  7. Luangkan masa selama seminggu hanya untuk mencari AB. Ini bermakna anda terpaksa allocate bajet yang lebih dinegara yang termahal didunia.
  8. Di Abisko hanya terdapat dua hostel berbilik berkongsi WC dan kitchen dengan harga ~ Rm500 semalam. Ya, bukan murah mencari Aurora Borealis ini.
  9. Baca baca baca dan buat kajian tentang Aurora Borealis. Jangan main redah kerana rugi berbelanja berbelas ribu ringgit untuk trip tetapi miss melihat AB.

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.