Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Tips Bekerja Dengan Bos Toksik

Saya kerap ditanya bagaimana mengurus bos yang toksik. Bos toksik ada dimana-mana dan semestinya anda akan berjumpa dengan mereka sepanjang kerjaya anda. Bos toksik asyik menyalahi staf atas semua kesalahan dan beliau putih bersih. Adakala mereka tidak tahu kerja tetapi memarahi staf kerana tidak melaksanakan kerja dengan betul.

Semua ini untuk berselindung dari kelemahan mereka. Saya sendiri banyak kali berhadapan dengan bos toksik dan mengamalkan beberapa petua agar tidak stres.

1. Dapatkan penjelasan atas semua arahan.

Bos toksik selalunya memberi arahan tidak jelas dan kabur secara mulut. Dia berharap semua faham arahan beliau dan staf dikehendaki melaksanakan sehingga berjaya, by hook or by crook. Jarang bos toksik mengeluarkan arahan secara bertulis.

Dalam situasi begini elok berjumpa dengan bos toksik untuk penjelasan lanjut dan kemudian hantar email untuk pengesahan. Anda tidak perlu takut kerana jika berlaku apa-apa kesilapan besar, anda tidak dijadikan ‘scapegoat’ oleh bos toksik.

2. Lakukan tugas secara stail anda bukan stail bos toksik.

Apa apa arahan boleh dilaksanakan berbagai cara asalkan mendapat keputusan berjaya. Tak semestinya arahan atau cara bekerja bos toksik betul kerana mungkin anda ada cara tersendiri yang lebih baik. Bos toksik akan sentiasa memberi arahan untuk mengikut cara beliau tetapi anda mungkin ‘know better’. Apa yang penting anda berjaya melakukan sesuatu arahan mengikut stail anda.

Orang putih kata ‘there are many ways to skin a cat’.

Pernah saya diarahkan oleh bos untuk melaksanakan kerja letupan batu berdekatan perumahan awam. Ianya kerja bahaya dan bos telah mengarah saya melaksanakan kerja dengan satu letupan untuk menjimat kos.

Saya telah melaksanakan kerja mengikut cara tersendiri iaitu mengguna beberapa ‘small control blasting’ yang lebih mahal tetapi selamat. Pada hari kejadian bos telah mengambil cuti kecemasan kerana tidak mahu dipersalahkan jika terjadi kemalangan yang tidak diingini. Alhamdulillah semua berjalan mengikut rancangan saya.

3. Cakap berterus terang dengan bos toksik.

Orang melayu sentiasa ingin menjaga air muka bos dan tidak mahu berterus terang jika arahan bos tidak betul atau tidak jelas. Kita kena perbetulkan budaya ini apabila bekerja kerana berterus terang dengan bos boleh merungkai banyak kekusutan.

Tanya secara ‘direct’ kepada bos jika anda tidak memahami apa apa arahan, walaupun ianya menjadi anda seorang yang tidak popular dan tidak disukai oleh bos. Lama kelamaan anda akan disegani kerana seorang yang tegas dan mempunyai prinsip.

4. Fahami bos toksik.

Memang susah jika anda mempunyai seorang bos toksik dimana anda sendiri tidak ada ‘control’ diatas perlantikan beliau. Mahu tidak mahu anda perlu bekerja dengan beliau. Belajar cara terbaik untuk berkomunikasi dengan beliau dan fahami hasrat beliau untuk organisasi anda.

Berikan nasihat dan buah fikiran jika perlu untuk memperbaiki keadaan sediada dan berharap bos toksik menerima cadangan anda. Kadangkala bos toksik hanya perlukan ‘support’ dari kakitangan lain dan beliau sendiri tidak pandai berkomunikasi dengan baik.

5. Dokumentasikan semua kerja.

Bekerja dengan bos toksik memerlukan kesabaran yang tinggi dan anda mesti melaksanakan arahan secara professional walaupun anda tidak bersetuju dengannya. Sangat penting semua kerja didokumentasikan agar ada bukti semua proses telah disemak dan dilakukan.

Kerja secara professional mesti ada dokumen, dokumen dan dokumen. Dengan cara ini anda tidak boleh dipersalahkan jika ada berlaku kekeliruan, kerumitan atau kegagalan. Juga, jika kerja anda berjaya, semuanya telah didokumentasikan dan bos toksik atau staf lain tidak dapat ‘claim’ kejayaan anda.

Wallahu a’lam.
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.