Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Tip mudah berjaya dalam kerjaya di sektor awam dan swasta.

Saya bertugas selama lebih 30 tahun dalam sektor awam dan 4 tahun dalam sebuah syarikat GLC.

Selama bekerja saya dapat perhatikan bagaimana setengah rakan-rakan pantas mendapat kenaikkan pangkat walhal rakan lain satu batch masih ditakuk lama.


Ada rakan sudah di Jusa A manakala yang lain masih terkial-kial di gred 48 atau 54.

Apakah kelebihan mereka dapat mencanak naik pangkat berbanding rakan lain, walhal dari segi skil atau pengetahuan kerja tiada pemisah antara mereka?

Ada banyak faktor dan kriteria yang saya perhatikan dipunyai oleh mereka yang berjaya dalam kerjaya sepanjang zaman bekerja.

Untuk memastikan anda tidak ketinggalan dalam perjuangan naik pangkat disektor awam atau swasta, saya senaraikan tips yang seseorang perlu ada untuk berjaya, mengikut pengalaman saya.

1. Belajar bercakap dengan lancar (learn to speak well).

Sebelum bercakap dalam mesyuarat pastikan points tersusun dalam benak dan ianya tidak bercelaru agar pendengar faham apa yang mahu disampaikan.

Pastikan anda bersedia untuk bercakap secara teratur, bukan cakap melulu tanpa berfikir yang boleh menyebabkan orang lain ‘confuse’ dengan idea anda.

Organise your thoughts’ dengan cara menulis points dulu dan buat mind mapping semasa bercakap.

2. Learn public speaking.

Ralph Waldo Emerson pernah berkata “All the great speakers were bad speakers at first.”

Sebenarnya ramai orang takut bercakap dihadapan khalayak ramai tetapi anda boleh overcome fear dengan praktis.
Semasa saya mula bekerja, saya enrol dalam kursus public speaking selama 3 bulan secara part time dan ianya sangat bermanfaat ketika zaman bekerja.

Apabila anda sudah master public speaking ianya akan boost konfiden, dapat mempengaruhi orang lain (influence others) dengan idea anda dan mempromosikan diri dihadapan bosses.

3. Kuasai bahasa inggeris dalam percakapan dan tulisan.

Ramai yang kurang fasih berbahasa inggeris dan jika anda ingin maju jaya dalam kerjaya, penguasaan bahasa inggeris sangat penting walaupun dalam sektor awam.

Boss saya di GLC pernah menceritakan bagaimana beliau berasal dari sekolah melayu tetapi memperbaiki diri dengan belajar bahasa inggeris secara sendirian.

Beliau akan sentiasa membawa kamus Oxford kemana-mana sebagai reference. Kalau anda mendengar beliau memberi ceramah motivasi dalam bahasa inggeris tentu anda tidak menjangka beliau berasal dari kampong dan bersekolah di SRJK melayu sahaja.

4. Belajar ilmu presentation powerpoint yang efektif.

Tiada yang lebih menyebabkan kita mengantuk apabila mendengar seorang penceramah membuat presentation powerpoint yang dull dan boring. Semua maklumat mahu disumbatkan dalam presentation dan menyebabkan tulisan menjadi kecil hingga tidak boleh dibaca. Great presenters akan hanya meletak perkataan empowerement sahaja dalam slide mereka.


Banyak cara untuk menarik audience terpaut dan terpegun dengan presentation yang efektif dan ini adalah satu kelebihan plus seorang penceramah. Semua boleh dipelajari dan diamalkan.

Semasa di GLC pernah seorang wakil satu syarikat swasta membuat presentation dengan powerpoint yang disertakan dengan gambar, video, carta dan graphs yang memikatkan kami semua. Beliau ingin membawa Syarikat Google LLC dari US melabur dan JV dengan syarikat kami yang hanya perlu memberi tanah sebagai ekuiti dengan GDV berbilion ringgit. Gaya beliau membuat presentation seperti pihak Google telah bersetuju untuk datang melabur walhal Google belum memberi kata putus.

Setelah selesai presentation saya sebagai wakil syarikat  berjumpa beliau kerana ingin tahu samada beliau graduate MBA mana-mana universiti IVY league. Sebenarnya beliau hanya seorang bekas pegawai kerajaan yang telah berjaya melengkapkan diri dengan ilmu presentation.

5. Pastikan markah prestasi penilaian tahunan melebihi 90%.

Dalam servis Kerajaan, kenaikan pangkat adalah berdasarkan kepada markah prestasi tahunan tiga tahun kebelakang, antara lain. Anda akan bertarung dengan pegawai lain (satu batch) untuk merebut jawatan kenaikan pangkat markah prestasi dari senarai.

Pastikan anda mendapat markah prestasi melebihi 90% kerana jika rendah, peluang kenaikan pangkat anda akan tipis.
(Saya akan tulis catatan lain huraian mengenai markah prestasi tahunan).

6. Jangan terserlah sokongan anda pada mana mana parti politik.

Tiada masalah jika masing-masing mempunyai ikutan pada parti politik tetapi jangan terbawa-bawa kepejabat.

Seorang rakan saya telah diambil gambar ketika menjulang calun pembangkang apabila beliau menang dalam satu PRK. Gambar tersebut telah diajukan pada Menteri dan akhirnya beliau telah dipindahkan dan ‘cold-freezed’.

Dalam suasana politik negara yang tidak menentu, adalah baik anda ‘bebas’ dari kemelut politik terutamanya dipejabat jika anda seorang penjawat awam.

7. Don’t rock the boat – jangan lawan boss terang-terangan.

Walau bagaimana teruk boss anda,  melawan beliau dihadapan staf lain atau ‘backbiting’ beliau tidak akan dapat merubah keadaan. Boss anda akhirnya akan memberi anda markah 50% dan tentunya anda tidak berpeluang untuk naik pangkat. Jika keburukan boss dibawa keatas, adakah pegawai atasan akan mendengar rintihan anda atau penjelasan boss anda?

Cara terbaik adalah ‘slow talk’ dengan boss anda dalam diskusi confidential.

8. Aura

Positif aura atau nur adalah refleksi daripada seseorang yang sedap mata memandang. Anda boleh mempunyai positif aura jika sentiasa bercakap benar, berkelakuan baik, tidak bercakap lucah, berbudi bahasa dipenuhi dengan nilai positif seperti berkeyakinan, keikhlasan, dan sentiasa bersemangat.

Orang yang mempunyai positif aura kebiasaan disukai staf dan boss, dan yang pertama akan naik pangkat because they carry themselves well.

9. Make more friends than enemies.

Saya tak perlu menghuraikan point ini kerana tiada kelebihan jika anda mempunyai ramai musuh.

Saya cadangkan anda baca buku Dale Carnegie ‘How to win friends and influence people’ yang dikeluarkan pada tahun 1936 tetapi masih menjadi best sellers sehingga sekarang.

Dale Carnegie pernah berkata,

“You can make more friends in two months by becoming interested in other people than you can in two years by trying to get other people interested in you”.

10. Work hard and work smart.

Ramai berkata agar tidak work hard tetapi work smart. Saya kurang bersetuju dengan adage ini kerana lambat laun orang lain atau bos anda tentu akan tahu anda kaki ponteng atau kaki pandai cakap tetapi tidak rajin bekerja. Untuk berjaya dalam kerjaya dalam servis kerajaan, anda perlu work hard and work smart.

Banyak lagi tips kecilan yang saya tidak senaraikan tetapi 10 tips ini memang diperlukan untuk anda berjaya dalam kerjaya dalam sektor awam dan swasta. Ianya hanya pendapat saya yang saya kumpulkan selama 35 tahun bekerja dalam sektor awam dan swasta.

Wallahu a’llam.

Ir. Haji Zainuddin Bin Haji Omar
Sila LIKE dan FOLLOW
Page Kutuberahak.
https://www.facebook.com/kutuberahakdotcom
untuk artikel perkasa diri.

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.