Apabila saya semak tempat lodging di Hallstatt dalam radius 80km, semuanya melebihi Rm 1000 semalam walaupun di rumah Air BnB.
Akhirnya kami membuat keputusan tinggal di Kaprun, 120km jauh dari Hallstatt dengan kos Rm 400 semalam dan jadikan nya sebagai base.
Dari Kaprun hanya 2 jam driving ke Hallstatt walaupun hanya 120 km kerana jalan yang kecil dan banyak trafik.
Penjimatan RM600 sehari adalah berbaloi walaupun terpaksa memandu 2 jam sejauh 120 km.

Mereka yang menaiki bas pelancong tidak dibenarkan masuk ke Hallstatt dan terpaksa parking 1 km jauh dari pusat bandar.
Ini bermakna pergerakkan pelancung group tour agak terbatas dan berkemungkinan mengambil gambar setakat luaran dari centrum Hallstatt dan tidak dapat mengambil gambar ikonik yang selalu dipaparkan dalam media massa.
Jika menaiki kereta dibolehkan masuk kebandar tetapi tempat parking amat terhad dan dihadkan antara 10 hingga 30 minit sahaja.
Pampangkan kad timer yang memang sedia ada didalam kereta sewa.
Saya cadangkan datang awal sebelum jam 10 am jika mahu senang mencari tempat parking dimana queue parking tidak panjang.
Jangan parking ditempat OKU kerana traffic warden akan mengambil gambar kereta anda dan anda perlu membayar saman kepada syarikat rental nanti.

Pada pendapat saya tidak perlu bermalam di Hallstatt kerana serba serbi mahal di bandar turis ini. Cukup sekadar tiga atau empat jam mengambil gambar ditempat ikonik dan berjalan sebentar dipekan.
Ada stesen keretapi di Hallstatt untuk pengunjung dari bandar lain yang hanya perlu membeli tiket ‘day return’.

Ambil peluang untuk ke bandar Obertraun yang hanya 5 km dari Hallstatt jika berkereta. Dalam perjalanan anda boleh berhenti dibeberapa viewing point untuk snap gambat Hallstatt dari jauh.
Jika cuaca mengizinkan anda boleh naik ke puncak Five Fingers yang jauhnya 26km dari Obertraun untuk menyaksikan panorama pergunungan yang cantik.