Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Tip berpuasa sebulan Ramadhan di Mekah

Alhamdulillah saya telah menjalani ibadah puasa selama sebulan Ramadhan di Mekah selama tiga tahun berturut iaitu 2016, 2017 dan 2018. Memang sudah lama saya memasang niat untuk berpuasa sebulan Ramadhan semasa zaman bekerja tetapi oleh kerana kekangan masa dan kesebokan urusan kerja hanya pada tahun 2016 sahaja hajat berkesampaian.

Dataran masjidil haram yang penuh pada waktu solat terawih

Kebiasaan pakej umrah yang ditawarkan oleh agensi umrah di bulan Ramadhan adalah antara 12 hingga 16 hari yang menjadi pilihan jemaah Malaysia dan tak banyak menawarkan pakej sebulan.

Apabila berada di Mekah saya terjumpa ramai jemaah Malaysia yang menjalani ibadah umrah dan puasa selama sebulan Ramadhan.

Bilik kami yang dikongsi bersama 4 jemaah di Mekah selama sebulan ramadhan.

Kebanyakan mereka adalah ‘veteran’ kerana hadir setiap tahun pada bulan ramadhan dan berhari raya di Mekah. Ramai dari mereka berumur menjangkau 60’an hingga 80’an tetapi masih bersemangat dan bertenaga. Seorang makcik yang saya temui berumur 82 tahun tetapi sudah 40 tahun datang setiap kali Ramadhan sebulan di Mekah.

Para jamaah yang melaksanakan i’tikaf di masjidil haram pada 10 hari terakhir.

Berada di bulan Ramadhan di tanah suci bukan lah perkara yang mudah. Cuaca panas antara 40’C hingga 50’C seperti berada di dalam sauna boleh melunturkan semangat pergi ke masjid pada waktu zuhur dan asar. Kesesakan dari ribuan jemaah lain semasa berduyun-duyun ke masjid sangat meletihkan badan. Makanan dari caterer kebanyakan tidak bersesuaian dengan cita rasa orang melayu. Mencari tempat bersolat di masjid sangat sulit apabila datang lambat dan terpaksa meminta belas ehsan jemaah lain untuk menyelit diri diantara mereka.

Menunggu masa untuk iftar dengan tamar dan air zam zam.

Dengan kesusahan dan kepayahan tersebut pun, masih ramai yang berulang kali datang setiap tahun mengerjakan umrah dan berpuasa sebulan Ramadhan di Mekah.

Apakah spesialnya berpuasa di Mekah di bulan Ramadhan ini?

Apabila saya bertanya kepada jemaah kenapa mereka sanggup bersusah payah selama sebulan, ramai mengatakan merasai perasaan bahagia dan ketenangan apabila berada di Mekkah pada bulan Ramadhan. Mereka juga berharap pulangan pahala beribadah pada bulan Ramadhan di masjidil haram dapat memberatkan timbangan dacing diakhirat kelak.

Waktu tengahari pun ramai melaksanakan tawaf.

Itulah sebabnya mereka datang berulang kali setiap tahun.

Saya catatkan disini beberapa tip untuk mereka yang ingin menunaikan ibadah umrah dan berpuasa sebulan, bulan Ramadan di Mekah.

para jamaah i’tikaf dimasjid

1. Pemilihan travel agent umrah.

Syarikat travel agent besar selalunya tidak menawarkan pakej sebulan tetapi hanya menawarkan pakej 2 minggu umrah pada awal atau akhir Ramadhan. Hanya syarikat kecil menawarkan pakej sebulan dengan jumlah jemaah antara 30 hingga 50 orang.

tempat yang selesa dan sejuk biasanya penuh sesak dengan jemaah

2. Kos

Kos berdasarkan jauhnya hotel dari masjid. Hotel 4 bintang yang berhampiran masjidil haram seperti di Zam Zam tower, Al Safwa tower atau Hilton tower menyewa bilik dengan kos SR 40k sehingga SR200k selama sebulan Ramadhan.

mereka yang tidak sempat bersolat di masjid akan bersolat di jalan raya

Pada hemat saya, hotel yang melebihi 200 meter dari pintu masjid adalah jauh untuk berjalan kaki ke masjid. Kebanyakan pakej sebulan menyewa hotel 3 bintang di kawasan Ajyad, antara 200 meter hingga 500 meter jauhnya dari pintu masjid.

Kos adalah antara Rm14k hingga Rm16k untuk pakej sebulan. Walaupun begitu ada yang menawarkan pakej berharga Rm10k tetapi hotelnya agak jauh melebihi 1 km dari masjid.

Jalan di sekeliling kawasan Ajyad ditutup untuk menempatkan jemaah bersolat tarawih

Harus diingat banyak hotel di Ajyad terletak di kawasan berbukit dan perlu mendaki berjalan kaki. Elok ditanya secara terperinci kepada travel agent kedudukan hotel yang sebenar kerana fakta ini selalu tidak dinyatakan.

3. Bilik hotel.

Bilik hotel dikongsi bersama empat atau lima jemaah. Jika duduk berdua sahaja kosnya naik sekali ganda. Satu bilik disewakan dengan harga SR23k hingga SR30k selama sebulan pada bulan Ramadhan.

4. Makanan

Makanan adalah dari caterer yang dikontrakkan oleh pihak hotel. Ini bermakna travel agent tidak boleh memilih sesiapa yang mereka kehendaki. Caterer kebiasaan adalah tukang masak Indonesia dan ada dari Patani. Saya difahamkan caterer dari Patani selalunya memasak dengan sedap dan bersesuaian dengan selera orang Malaysia.

Ramai jamaah yang membawa makanan kering tambahan dari Malaysia sebagai pembuka selera.

5. Rutin harian.

a. 2 jam sebelum subuh (4:15 am) jemaah ke masjid setelah bersahur di hotel.

b. Selesai subuh ramai yang pulang ke hotel jam 6-7 am untuk tidur.

c. 2 jam sebelum zuhur (12:15 pm) jemaah ke masjid.

d. Jamaah iktikaf sehingga Maghrib dan beriftar di masjid. Ada jamaah yang menunggu sehingga selesai solat terawih jam 11:30 pm baru balik ke hotel untuk menjamah makanan.

e. Pada malam 10 terakhir solat qiam berjamaah di masjid mulai 12:45am hingga 3am.

d. Jamaah bergegas balik hotel jam 3am untuk bersahur dan kembali ke masjid untuk solat subuh.

Semua jamaah mempunyai rutin yang berbeza mengikut kemampuan masing-masing.

kebiasaan kawasan tawaf penuh sebelum masuk waktu maghrib

6. Kesihatan.

Penyakit demam, batuk dan selsema adalah perkara biasa dan jamaah dinasihatkan membawa ubatan dari Malaysia kerana kos ubat yang tinggi di farmasi. Jamaah juga dinasihatkan mengambil travel insurance selama berada di tanah suci dengan harga antara Rm60-120 sahaja.

kawasan dataran yang sentiasa penuh

7. Kerusi lipat.

Apabila duduk berjam jam beriktikaf di masjid tentunya akan lengoh seluruh badan. Saya perhatikan ramai menggunakan kerusi lipat yang disediakan di dalam masjid tetapi ianya tidak mencukupi. Kerusi lipat berbagai jenis ada dijual di supermarket Ben Dawood atau kedai kedai kecil dengan harga SR25 hingga SR100.

8. Penantian di Jeddah Airport.

Menunggu adalah perkara biasa kerana ribuan jemaah datang sekali gus semasa bulan Ramadan. Jika bernasib baik, hanya perlu menunggu 2 jam untuk melepasi imigresen dan ada yang menunggu 4 jam bergantung kepada banyaknya pendaratan kapal terbang yang membawa jemaah dari berbagai negara.

9. Scam di masjid.

Dalam masjidil haram dan masjid Nabi ramai yang sasarkan orang Malaysia dengan meminta sedekah atau menceritakan cerita sedih mengaut simpati dengan tujuan meminta wang.

Ada yang bercerita kehilangan wang dan meminta belas ehsan untuk membeli tiket kapalterbang. Ada yang mengatakan kereta rosak dan memerlukan banyak wang untuk pembaikan.

Professional scammer ini semua sasarkan jemaah dari Malaysia kerana orang kita kebanyakan nya baik hati dan pemurah. Jarang mereka meminta dari jemaah Indonesia yang sangat berhati hati dengan wang mereka.

Kalau ada sesiapa datang dan bersalaman serta bertanya soalan ‘Can you speak english’, maka berhati-hati lah kerana kemungkinan besar dia seorang professional conman yang beroperasi di masjidil haram dan masjid nabi.

Pada hemat saya, ‘be street smart’ dan nilaikan rayuan mereka ‘case to case basis’.

Kalau mereka tersangat susah dan memerlukan wang yang banyak untuk pulang ke negara asal tentunya ada pusat zakat di Mekah dan Madinah yang boleh membantu golongan asnaf musafir ini.

Makanan memang tidak menjadi masalah di tanah haram kerana sentiasa ada dermawan yang memberi makanan sabil setiap petang kepada gelandangan.

10. Kadar kadar upah servis.

a. Kadar upah menolak jamaah dengan wheelchair untuk tawaf SR500 (harga rasmi).

b. Kadar upah menolak jamaah dengan wheelchair untuk saei SR100 (harga rasmi).

c. Kadar upah membawa jamaah mencium Hajarat Aswad SR250-SR1000 (selalu nya pelajar Indonesia yang mengambil upah dan kos boleh ditawar)

d. Kadar upah menolak jamaah dengan wheelchair ke hotel di Ajyad dari King Fahd gate SR100.

e. Kadar teksi ke Tanaim adalah SR70-100 walaupun dgn meter hanya SR25 sahaja kerana biasa pemandu taxi akan overcharge tanpa kiraan meter. Pada 10 malam terakhir ramadhan ada pemandu teksi yang caj SR400 untuk ke Tan’im dan balik.

Pekerja caterer Indonesia selalunya ada senarai kawan kawan mereka yang mengambil upah untuk menolak wheelchair jemaah dengan kadar yang lebih murah. Mereka akan mengenakan pakaian umrah untuk kelihatan seperti ahli keluarga, kerana ahli keluarga sahaja dibenarkan menolak jemaah dengan wheelchair semasa tawaf dan saei.

11. Umrah di bulan Ramadhan.

Kebiasaan umrah dilakukan selepas solat tarawih pada jam 11:30pm dan berakhir pada 4am sebelum subuh. Sekarang ini stesen bas ke Tan’im jauhnya 1.5 km dari pintu King Fahd dan kebanyakan jemaah menaiki taxi di Ajyad bersebelahan King Abd Aziz road.

12. Ruang kosong di masjid

Ruang berdekatan semua pintu utama memang sesak dengan jemaah beriktikaf dan bersolat. Apa yang saya perhatikan masih ada ruang kosong di kawasan penempatan jenazah dan kawasan antara Safa dan Marwah.

13. Hari Raya di Mekah.

Sejam sebelum waktu subuh semua pintu utama masjid ditutup. Jemaah boleh mencari pintu kecil sepanjang laluan Safa-Marwah dengan berpusing di jalan tepian istana raja.

Pada masa solat Eidil Fitri semua penduduk Mekah akan berduyun ke masjidil haram dan jumlah jemaah boleh mencecah sehingga 5 juta orang. Jemaah yang tidak sempat ke masjid boleh bersolat dijalan raya yang selalunya penuh sepanjang 1 km di sekitar masjid.

14. Kekuatan mental.

Kita orang Malaysia memang tidak biasa dengan suasana bersesak sesak dengan ramai manusia. Jamaah dari negara dunia ketiga juga agak kasar dan kadang kala jemaah Malaysia seperti di buli. Minda kena kuat dan perlu banyak kesabaran bila melaksanakan umrah dan berpuasa sebulan Ramadhan di Mekah untuk menghadapi semua kepayahan ini. Anggap lah semua sebagai sebahagian dari dugaan untuk mencapai keindahan beribadah di masjidil haram pada bulan Ramadhan.

Semoga tip ini sedikit sebanyak dapat memberi pedoman dan ‘what to expect’ semasa mengerjakan umrah dan berpuasa sebulan Ramadan di Mekah.

Wallahu a’lam.

Catatan oleh:
Ir Haji Zainuddin Bin Haji Omar

kutuberahak.com
FB: zainuddin omar

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.