Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Timur the Lame

Semasa di zaman persekolahan saya pernah belajar tentang Timur atau lebih dikenali sebagai Tamerlane.

Bala tentera beliau mengganas dan membunuh jutaan penduduk dunia (ada sejarawan yang mengatakan 17 juta terbunuh ~ 5% dari rakyat dunia pada zaman itu) dikurun ke 14 dikawasan Asia Tengah dari India hingga ke pinggir Eropah.

Apabila di Uzbekistan saya perhatikan terdapat banyak statue seorang hero Bani Uzbek yang diberi nama Emir Temur.

Di bandar Shahrizabz, sebuah resort dibina khas untuk mengagungkan Emir Temur ini.

Di Samarkand sebuah makam besar Emir Temur menjadi pusat lawatan pelawat dalam dan luar negeri.


Makam Timur di Samarkand Uzbekistan

Setelah saya membuat beberapa bacaan, Emir Temur adalah sebenarnya Timur atau Tamerlane, ketua bangsa turko-mongol brutal pada kurun ke 14.

Emir Temur telah menawan banyak kawasan dunia Islam dimana empayar Timurid berkuasa sebesar empayar Genghiz Khan 100 tahun sebelumnya.

Sejarawan Eropah mengelar beliau sebagai Timur the lame (Tamerlane) kerana kecederaan di kaki dan tangan kanan, dan beliau dikatakan seorang muslim.


Di Shahrizabz dimana saya melawat tempat kelahiran Timur

Apabila arkeologis soviet menggali makam beliau pada tahun 1941, mereka mendapati memang Timur mempunyai kecederaan di kaki dan kehilangan dua jari kanan.

Mereka mendapati juga beliau seorang yang tinggi 1.73 m, mempunyai dada bidang dan muka iras mongoloid (lihat gambar reconstruction).

Dikhabarkan keranda beliau tertulis ayat berikut: “Whoever opens my tomb shall unleash an invader more terrible than I”. (Hitler menyerang USSR dua hari selepas keranda Timur dibuka).


Statue Timur merata tempat di Shahrizabz dan lain tempat di Uzbekistan

Kawasan yang ditawan oleh Timur termasuk Iraq, Iran, Afghanistan, Pakistan, Azerbaijan, Georgia, Uzbekistan, Turkmenistan, Tajikistan, Kyrgyzstan, sebahagian Turkey, Syria dan India (Delhi).

Semasa menyerang Delhi, Sultan Delhi menggunakan bala tentera dan war elephants yang menarik rantai berduri untuk menakutkan tentera Timur.

Timur menyerang dengan membakar ‘hay bale’ yang diikat dibelakang unta dan ini menyebabkan war elephants lari dan memijak tentera Sultan Delhi. Kesemua penduduk Delhi telah dibunuh oleh tentera Timur.

Rakyat Uzbek mengaku mereka adalah keturunan Timur

Waris Tamerlane, Babur, memulakan empayar Mughal Empire di India. Anak Timur bernama Shah Rukh (sekarang anda tahu dari mana nama Shah Rukh Khan berasal) mengambil alih pemerintahan dan berpusat di Herat Afghanistan.

Empayar Timurid berakhir pada 1507 apabila waris Timur bergaduh sesama sendiri dan Persian Safavid dynasty mengambil alih banyak kawasan jajahan mereka.

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.