Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

The pirates of Malaysia

Semasa saya di market Palermo Sicily, Italy pada tahun 2015, seorang pekedai bertanya kepada saya,

“Where are you from”

Orang Malaysia tak ramai berkunjung ke Sicily, dan sicilian jarang melihat orang melayu yang berkulit sawo matang.

“I am from Malaysia” jawab saya.

“SANDOKAN!!” pekedai tersebut menjerit dengan tersenyum.

 

Orang Italy pertengahan umor hanya mengenali Malaysia dari serial TV “Sandokan” yang disiarkan pada tahun 1976 dan dari filem Italy bertajuk “Sandokan the great” yang dibintangi oleh Steve Reeves pada tahun 1963.

Sandokan adalah novel berkenaan pengembaraan seorang lanun oleh penulis Italy Emilio Salgari pada tahun 1883.

Walaupun penulis novel menceritakan Sandokan berasal dari seorang putera raja India, ramai mempercayai novel beliau ini berasaskan pengembaraan Panglima Hitam, anak melayu yang pertama mengelilingi dunia. (Ada yang mengatakan karakter Jack Sparrow pun berasaskan Panglima Hitam – minus the girly walk lah😁).

Tentunya pengembaraan Panglima Hitam tidak boleh dipisahkan dengan sejarah Magellan dan penaklukan kuasa Spain keatas Cebu dan kemusnahan kuasa Islam di gugusan melayu Philippines.

Pada abad ke-15, Spain dan Portugal adalah kuasa terbesar maritim dan armada mereka kerap bertempur untuk menguasai tanah baru.

Pada tahun 1494, Pope Alexander VI telah membuat keputusan untuk membahagi dunia ini kepada kuasa Spain dan Portugal, dimana satu garisan imaginari dilakar di lautan Atlantik, kawasan sebelah barat kepunyaan Spain dan timor kepunyaan Portugal. (seperti cerita Ali baba bujang lapuk – satu untuk ko satu untuk aku 😀).

 

Magellan’s cross dimana tempat Magellan mendarat pertama kali nya di Cebu sebelum memerangi Datu Lapu di Pulau Mactan.

Ini bermakna dunia latin Amerika dan Amerika tengah adalah milik Spain dan kepulauan Moluccas, India, Tanah Jawi dan Filipina menjadi milik Portugal.

Empayar Inca di kawasan Peru telah dihancurkan oleh askar Spain dan kesemua Latin Amerika menjadi milik Spain kecuali Brazil, yang pada awalnya telah ditemui oleh peneroka portugis.

Setelah belayar sejauh tiga perempat mengelilingi dunia dengan melalui The Straits of Magellan di southern tip tanah Patagonia (bandar Ushuaia sekarang), Ferdinand Magellan telah mendarat di Guam dan akhirnya di Cebu, dan menanam cross kayu (sekarang di magallanes street – sila lihat gambar) sebagai mercu tanda penaklukan mereka.

Bersama Rajah Humabon, askar Magellan berjumlah 60 orang telah memerangi Datu Lapu, saorang Chieftain muslim di Mactan Island (dimana terletaknya Airport Cebu sekarang ini).

Magellan telah terbunuh terkena runcing buloh beracun dan ditinggalkan oleh orang orangnya disitu. Walaupun berhadapan 1500 pendekar Datu Lapu yang menggunakan keris dan runcing buloh, tentera Magellan yang berjumlah 60 orang masih berani bertempur kerana kekuatan mereka adalah dengan penggunaan senapang, meriam dan baju kebal yang diperbuat dari besi.

Magellan terbunuh kerana runcing buloh beracun tersebut menembusi badan beliau antara celahan bahu dan lengan baju kebal tersebut.

Hamba/translator Magellan bernama Panglima Hitam atau nickname Enrique the Black telah mengemudi kapalnya (kapal yang bernama Victoria) balik ke Portugal. Sejarahwan ada mengatakan Panglima Hitam ini berbangsa Aceh dan ada pula mengatakan beliau anak jati melaka.

 

Statue Datu Lapu di Cebu City (saperti The Rock yang mempunyai rambut). Pendekar Datu Lapu seramai 1500 orang telah bertempur dengan askar Magellan di Pulau Mactan Cebu dan mengakibatkan kematian Magellan. Kelemahan pakaian kebal (armour shield) askar portugis adalah di bawah kaki dan celahan bahu.

Ada pendapat setengah ahli sejarah Nusantara, Panglima Hitam lah orang yang pertama mengelilingi dunia kerana kematian Ferdinand Magellan di Cebu.

Beberapa tahun kemudian, Raja Portugal telah menghantar satu Armada 50 kapal perang dan mengalahkan Datu Lapu di kawasan Cebu-Bohol ini dan bermula lah penaklukan atas nama 3G – Gold, Gospel dan Glory di kawasan Filipina, kecuali Kepulauan Mindanao yang masih Islam sehingga sekarang. Pada awal 1900 bermulalah juga penjajahan America keatas kepulauan filipina ini.

Orang filipina mengakui Datu Lapu (selain Jose Rizal) sebagai hero mereka kerana telah menentang penjajahan portugis pada tahun 1521. Sebuah kawasan di pulau Mactan telah dinamakan Lapu-Lapu untuk mengingati jasa Datu Lapu.

 

Bersama orang lokal di Cebu menaiki Jeepney untuk menyusur sejarah Magellan dan Datu Lapu.

Teramat susah untuk mencari makanan halal maupun orang Islam di Cebu, walhalnya ianya kepulauan Islam sebelum abad ke 15. Abad ke 15 juga menyaksikan kejatuhan Islam Spain di Andalusia oleh Raja Ferdinand dan Isabella.

Kekuatan Armada Maritim Spain dan Portugal pada zaman tersebut sedikit sebanyak menyebabkan kejatuhan empayar Islam pada peringkat 500 tahun kedua (1000 hijrah), saperti apa yang disebutkan didalam hadis Nabi saw.

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar

Sila LIKE dan FOLLOW
Page Kutuberahak.
https://www.facebook.com/kutuberahakdotcom
***************
Buku #kutuberahak HARD COVER Limited Edition Collectors item.
(Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)
====================
BAGAIMANA MEMBELI?
====================
BUKU HARD COVER.
Semenanjung
Kos + postage
(RM50+RM6.50) = RM56.50
Sabah/Sarawak
Kos + postage
(RM50+RM13) = RM63.00
1. Secara online dengan courier Ninja Van:
(Tuan Muhd. Ihsan Mazlie)
2. COD di Bangi dan kawasan berdekatan boleh hubungi :
Tuan Hj Hafiz +60 13 985 5154
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
FB: zainuddin omar

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.