Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

The Capuchin Catacomb of Palermo, Sicily

Semasa di Palermo Italy pada tahun 2015, bersama isteri kami telah melawat The Capuchin Catacombs of Palermo dimana mayat diawet untuk dipamirkan kepada ramai. Tempat ini menjadi pusat tarikan pelancung yang unik di bandar Palermo Sicily, southern Italy.

Catacomb ini menempatkan 10,000 mayat yang pada asalnya dikhususkan untuk friars di Palermo (paderi kristian) yang mati pada tahun 1599. Ianya menjadi trend orang Palermo kemudiannya untuk disemadikan di tempat ini dengan bayaran bulanan dari waris waris mereka. Mayat terakhir diletakkan pada tahun 1920.

Mayat yang paling femes adalah sorang anak perempuan berumor 2 tahun bernama Rosalia Lombardo dimana ianya saperti sedang tidor.

Ianya di embalmed menggunakan formalin untuk membunuh bacteria, alcohol untuk mengeringkan badan, glycerin untuk mengelakkan overdrying, salicylic acid untuk membunuh fungi dan zinc sulphate & chloride untuk rigidity.

Apabila pertama kali melihat mayat Rosalia Lombardo memang ianya menyerupai seperti saorang kanak kanak yang sedang tidor dan kelihatan sangat cantik (lihat gambar).

Photography tidak dibenarkan dan banyak CCTV mengintip pelawat yang degil. Walaubagaimana pun saya sempat snap beberapa gambar di tempat blind spot CCTV.

Sangat pelik melihat mayat mayat dengan posing yang berbeza dengan pakaian tradisi mereka. Ada yang kelihatan saperti menangis, ketawa, sedih dan 1001 macam aksi.

Beberapa mayat orang femes yang mendiami catacomb ini:

Marquess Vincenzo Natoli, Chairman of the Civil and Criminal High Court of Palermo and President of the Royal Heritage (Real Patrimonio), Artale Natoli, supreme judge of the High Civil Court of Palermo, Colonel Enea DiGuiliano (in French Bourbon uniform), Salvatore Manzella, surgeon, Lorenzo Marabitti, sculptor, Filipo Pennino, sculptor, Son of a king of Tunis.

Setelah pulang ke hotel saya dan isteri tidak pun diekori oleh setan setan maupun jin jin yang mendiami di Catacomb kerana tiada yang mengacau kami dibilik dan kami dapat tidor dengan lena dan nyaman.

Baca lah ayatul kursi sebagai amalan harian selepas solat.

*yang lemah semangat dinasihatkan jangan tengok gambar gambar ini. đŸ˜€

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
kutuberahak.com
FB: zainuddin omar

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.