Siesta adalah perkataan spanish bermaksud tidur sekejap waktu dinihari (short nap) selepas makan tengahari. Ianya amalan biasa di negara yang mempunyai budaya dan pengaruh dari Spain (spanish influence). Di Latin Amerika rakyatnya memang mengamalkan budaya siesta dan kebanyakan kedai akan tutup antara jam 12 tengahari sehingga 4 petang.

Semasa saya berada di pekan Puerto Iguacu untuk menyaksikan Iguazu Falls sebelah Argentina, pada awalnya terasa pelik kenapa semua kedai tutup pada masa tengahari. Akhirnya dapat tahu dari landlady Guest House bahawa semua sedang siesta. Agak menyusahkan kerana pada masa tersebutlah turis sedang merayau mencari cenderamata kerana tak biasa tidur pada siang hari. Bukan itu sahaja, kedai laundrettes dan restoren semua tutup selama 4 jam waktu tengahari. Kita pun disunnahkan (qaululah) untuk tidur sebentar selepas zuhor selama 20-30 minit. Apabila kita berkembara banyak budaya yang kita dapat pelajari yang membuka minda.
