Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Siapa Travel Buddy Terbaik Untuk Anda?

Travel buddy (TB) boleh ‘make or break’ sesuatu pengembaraan. Terus terang saya katakan bahawa saya jarang kembara solo dan saya tidak bercadang untuk kembara berseorangan dimasa hadapan.

Didalam kembaraan 70’an, saya bertemu ramai pengembara melayu yang pada asalnya ada TB tetapi berpecah atau ‘split’ dipertengahan jalan. Saya bertemu bukan satu atau dua pengembara melayu tetapi berpuloh yang kembara berseorangan. Kebiasaan student melayu di UK pada masa itu jarang berenggang dengan rakan apabila kembara.

Apabila kembara dengan rakan, ‘day in and day out’ perangai masing masing akan terserlah didalam perjalanan. Perangai negative seperti panas baran, tidak sabar, tidak toleran, keras kepala, bossy, kedekut, pemalas dll akan menyebabkan pengeseran dengan TB. Jika perangai negative tersebut tidak di ‘tone down’ maka lambat laun, masing-masing akan membawa diri dan kembara solo.

Seperti yang saya pernah ceritakan dalam buku Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak, Ibrahim jenis rakan yang malas berfikir berkenaan perancangan trip. Apa yang saya syorkan dia akan terus setuju. Dia rajin mencari dan membeli makanan dan saya tak perlu memikirkan bab itu. Ibrahim juga jenis manusia yang simple dan tidak banyak bercakap. Kami jarang berselisih faham dan dia sentiasa ‘tag along’ kemana saya pergi, kecuali ke tandas.

Saya nasihatkan kepada adik adik yang baru berjinak dengan alam kembara untuk mencari TB yang bersesuaian. Sebenar nya adalah tersangat elok untuk kembara dengan TB kerana keselamatan, kesihatan dan iman akan terpelihara. Cuba masing-masing belajar perangai rakan dan ‘adjust’kan dengan perangai anda seperti permainan lego (try to blend and assimilate). Perangai negatif memang susah di bendung tetapi jadikan sifat toleransi sebagai amalan harian. Jika semua tidak berhasil maka kembaralah solo.

Beringat lah kita kepada sunnah nabi dimana jika berpergian lebih dari dua orang, seorang mesti dilantik sebagai emir atau ketua (seperti dianjurkan oleh para karkun tabligh).

Akhir kalam, kata hikmah Haji Zack – ‘The best travel buddy is still your other half’

Wallahu a’lam.

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
FB: zainuddin omar
kutuberahak.com

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.