Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Sambal Ayam Cili Padi Resipi Turun Temurun

Bagi yang suka makan lauk pedas, silalah cuba resipi perkongsian saudara Zaid Azizy Yaacob ni. Tengok gambar je pun min dah boleh bayang tahap pedas dia macam mana. Fuhhh!! Silalah cuba.

SAMBAL AYAM CILI API

BAHAN-BAHAN:

  • Ayam – potong. Gaul garam kunyit
  • 2 genggam cili api – kisar
  • 2-3 ulas bawang putih – tumbuk
  • 2 batang serai – tumbuk
  • 1-2 biji bawang besar – hiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis cili api kisar hingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan bawang putih, serai dan bawang besar.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul hingga rata.
  6. Siap! Berasap telingo..bedorai airmato..rasa macam nak tecabuit nyawo…

Selamat mencuba!

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.