Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Rumah Retro Air BnB.

Air BnB dilancarkan pada tahun 2008 dimana pemilik boleh menyewa rumah mereka pada orang luar dengan sewaan lebih murah dari hotel tiga bintang. Semenjak beberapa tahun lepas saya akan menyewa rumah Air BnB dari menduduki hostel atau hotel. Setiap rumah Air BnB dihiasi dengan citarasa pemilik dan sistem ‘feedback’ dari pengguna memastkan rumah tersebut sentiasa bersih dan kemas. Semasa trip berkereta merentasi Eastern Europe pada tahun 2008, berbagai rumah Air BnB kami diami dan sangat seronok kerana dapat memerhatikan bagaimana pemilik menghiasi rumah mereka mengikut stail moden atau retro.

Kali ini dapat berjumpa landlord dan mengambil kunci terus dari beliau.

Di Budapest Hungary kami tinggal tidak jauh dari city centre dan rumah yang kami duduki dihiasi stail retro. Pemiliknya seorang pemuda, menghiasi apatmen lama dari era soviet siap dengan typewriter dan peti sejuk stail lama. Apatmen disewa dengan kos RM300 sehari dan mempunyai tiga bilik. Setiap kali saya recce rumah Air BnB, saya akan filter berapa bilik yang dikehendaki, parkir percuma dan mempunyai tempat memasak. Pembayaran dibuat dengan kad kredit dan kadangkala ‘check-in’ dibuat sendiri dengan mengambil kunci dari safe deposit box luar apatmen tanpa berjumpa pemilik.

peti sejuk retro

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.