Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Restoren tempura di Tokyo Jepun

Orang jepun makan tempura setakat secebis dua sahaja dan terus berhenti makan. Kita orang Malaysia lain pula seleranya. Tempura sana terlalu sedap sehingga kami makan tak berhenti dengan order terus dari Chef di restoren tempura di Tokyo.

Chef mengoreng tempura yang dipilih oleh customer samada sayuran atau seafood dihadapan mereka. Restoren terpaksa dibuka extended hours sehingga kami berhenti makan. Di Jepun restoren tempura hanya menyediakan makanan tempura dan tidak seperti di Malaysia yang menjual berbagai makanan jepun (Kampachi, Rekuzen, Sushi king dll).

Saya memang peminat tempura dan selalu mengoreng tempura dirumah. Sebenarnya semua sayuran dan seafood sedap dibuat tempura dan ianya mesti didalam keadaan room temperature sebelum digoreng. Rahsia tempura yang sedap ranggup adalah pada adunan tepungnya yang dibancuh dengan air dingin (lebih dingin lagi bagus). Juga minyak nya harus banyak dan panas dengan kuali teflon yg besar.

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.