Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Ra Ra Rasputin

St Petersburg bukan sekadar terkenal dengan Hermitage museum atau bangunan Spilled Blood tetapi juga dengan seorang mistik yang dikenali sebaga i Rasputin.

Apabila berada di Moika Palace St. Petersburg,  ia mengingatkan saya kepada alkisah Rasputin.

Church of Spilled Blood St Petersburg Russia

Mungkin ramai yang mengenali Rasputin dari lagu Ra Ra Rasputin nyanyian Boney M tetapi batch saya semasa di sekolah menengah sudah belajar mengenai sejarah Rasputin The mad monk dan revolusi Bolshevik di tingkatan empat.

Kenapa Rasputin terkenal?

Moika Palace tempat Rasputin ditembak tetapi tidak mati.

Rasputin adalah seorang pengembara, ahli mistik dan paranormal yang hidup di zaman Tzar Nicholas II, emperor terakhir dinasti Romanov di Rusia pada awal abad ini.

Beliau lahir di Siberia dan mulai terkenal kerana menjadi healer (bomoh) kepada Tzarina Alexandra Feodorovna, isteri Emperor Nicholas.

St Isaac Square, di tengah bandar tidak jauh dari Moika Palace.

Nicholas mempunyai lima anak, empat perempuan dan anak terakhir seorang lelaki bernama Alexei adalah ‘heir to the throne’. Alexei mempunyai haemophilia satu penyakit keturunan yang diwarisi dari keturunan ibunya.

Rasputin telah dapat mengubati penyakit hemophilia ini dan menjadi personal healer kepada Tzarina (hemophilia ini sebenarnya incurable hanya rawatan kepada kesan sampingan seperti pemberhentian pendarahan).

Berdekatan anak Sungai Nevka dimana mayat Rasputin dicampak setelah ditembak.

Selain dari itu, Rasputin juga mengajar untuk menghilangkan dosa seseorang mesti melakukan banyak dosa (rebirth through sin, that true holy communion must be preceded by immersion in sin).

Sesi ajaran Rasputin banyak melibatkan free sex dengan tujuan melakukan banyak dosa dan kemudian communion.

Semasa perang dunia pertama meletus, Tzar Nicholas telah pergi ke medan peperangan dimana 3.3 juta rakyat rusia mati kerana kelemahan kepimpinan beliau.

Semasa ketiadaan Tzar, Rasputin bermaharajalela dan berkuasa penuh di istana Winter Palace St Petersburg kerana terlalu rapat dengan Tzarina Alexandra.

Ini menyebabkan ramai nobleman rusia marah dan dengki kepada beliau, dan membuat rancangan membunuh Rasputin.

Tzar Nicholas II, Raja terakhir dinasti Romanov bersama keluarga.

Prince Felix Yusupov (seorang tatar muslim prince dari Crimea) telah dipilih untuk membunuh Rasputin dengan cara meracun. Yusupov telah menjemput Rasputin ke kediaman beliau di Moika Palace.

Rasputin memakan cake dan meminum wine yang diletak racun cyanide tetapi ia nya tidak berkesan dan tidak membunuh Rasputin. Yusupov kemudian menembak dengan pistol dua kali ke dada dan sekali di kepala yang menyebabkan Rasputin jatuh tersungkur.

Prince Yusupov (atau yusuf, seorang muslim tatar) ditugaskan membunuh Rasputin

Apabila beliau memeriksa Rasputin, mata Rasputin terbeliak dan beliau mencekik Yusupov. Ini menyebabkan Yusupov berlari keluar ke courtyard dengan dikejar oleh Rasputin. Di Courtyard, pembantu Yusupov bernama Purishkevich menembak Rasputin sekali lagi dan menyebabkan dia tumbang. Mayat Rasputin di humban kedalam sungai dari atas Petrovsky Bridge.

Keesokkan nya mayat Rasputin dijumpai 200 meter dari Petrovsky Bridge di bawah sungai berais dan dari autopsi, doktor mendapati Rasputin mati kerana lemas setelah ada cobaan berenang ke daratan dan bukan dari kesan tembakan atau keracunan cyanide.

Rasputin seorang ‘ladies man’ dan playboy.

Revolusi Bolshevik komunis yang diketuai oleh Lenin telah menjatuhkan Dinasti Romanov, monarki terakhir Rusia. Tzar Nicholas, Tzarina Alexandra dan semua lima orang anak mereka dihukum tembak oleh firing squad Bolshevik di Yekaterinburg pada 17 July 1918, dan pada 1998 mereka ditanam semula di St Peter and Paul Cathedral, St Petersburg.

Kejatuhan dinasti Romanov dan berkuasanya regim komunis atheis Bolshevik menyebabkan Islam menjadi mundur di Caucasus (Armenia, Georgia, Azerbaijan), Asia Tengah (Uzbekistan, Tajikistan, Kyrgyzstan, Kazakhstan) dan Balkan (Bosnia Herzegovina, Kosovo, Montenegro, Albania) sehinggalah sekarang walaupun negara ini sudah merdeka selepas keruntuhan USSR.

Mayat Rasputin yang ditembak di kepala tetapi mati kerana lemas.

Adakah Rasputin menjadi punca kejatuhan dinasti Romanov yang berumur 300 tahun dan penyebab kemunduran Islam di negara tersebut?

Only time will tell.

Ra Ra Rasputin…..

Catatan oleh:
Ir Haji Zainuddin Bin Haji Omar
St Petersburg
2017

Sila LIKE Page Kutuberahak

https://www.facebook.com/kutuberahakdotcom

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.