Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Pontianak vs Dracula

Di Malaysia masyhur dengan cerita hantu pontianak yang kita boleh takutkan anak anak pada waktu malam tetapi dinegara barat mereka pun ada hantu dracula dan frankenstein yang dimomokkan pada anak kecil mereka. Semua sama sahaja dengan ‘budaya momokkan’ (term yang saya baru cipta ).

Rakan saya Mat Din ketika sedang memancing seorang diri di Klang Gate Dam pada waktu malam, didatangi pontianak berbaju putih terbang melayang layang diatas sampan beliau. Rakan saya ini buat bodoh sahaja walaupun di ngilai dengan suara ngeri. Apabila fedup kerana tidak dilayan, miss ponti terbang ketempat berlainan mencari mangkuk hayun lain untuk digerunkan.

Mat Din memang selalu jumpa benda yang pelik dan saya percaya dengan cerita beliau. Memang ada orang dikalangan kita serupa Mat Din yang selalu nampak perkara pelik kerana aura mereka yang special.

Bran castle di Transylvania Romania.

Korang jangan ingat omputeh tak percaya pada hantu. Kalau tidak Hantu Dracula tidak akan jadi femes dimana Hollywood mengeluarkan banyak filem mengenainya yang dibintangi oleh Christopher Lee, Gary Oldman dan Hugh Jackman (Van Helsing).

Saya sendiri minat dengan asal usul cerita Dracula dan mengambil peluang melawat Dracula’s castle semasa di Transylvania Romania beberapa tahun lepas. Bran castle bukanlah Dracula’s castle seperti diwar-warkan tetapi ianya dipopularkan oleh satu novel Bram Stoker bertajuk Dracula. Count Dracula sebenarnya menduduki Poenari castle yang saya telah lawati.

Bran castle adalah satu national monument Romania dan disabitkan dengan Dracula walaupun ianya tidak benar. Bran castle dibina pada 1212 oleh Teutonic knights dan ianya diperkukuhkan zaman berzaman oleh Raja Transylvania dan Wallachia.

Poenari castle adalah tempat dimana hikayat Count Dracula bermula. Beliau adalah Vlad III The Impaler @ Vlad Dracula yang hidup pada kurun ke 15. Vlad III adalah anak kepada Vlad Dracul, Raja kawasan Wallachia (bersebelahan Transylvania). Dracul bermaksud dragon pada zaman dahulu tetapi pada bahasa romania moden ianya bermaksud devil.

Dracula bermakna son of the devil. Pada zaman tersebut empayar Uthmaniah adalah kuasa terkuat didunia dan kawasan Balkan adalah dalam jajahan mereka. Setiap Raja jajahan Uthmaniah membayar tax (jizya) kepada Sultan sebagai tanda dibawah perlindungan empayar Uthmaniah.

Diberitakan Raja Vlad Dracul dan anak anak nya Vlad dan Radu pernah ke Istanbul memberi homage kepada Sultan Mehmed II. Dubrovnik tidak rosak dan cantik sehingga kehari ini kerana pemerintah Dubrovnik membayar jizya kepada Uthmaniah untuk menghalang tentera Uthmaniah menyerang dan membinasakan bandar tersebut.

Setelah mengambil alih pemerintahan Wallachia dari bapanya, Vlad III memerintah dengan kejam nya. Beliau pernah membunuh dan impaled (sula) 20,000 penduduk termasuk perempuan dan kanak kanak disatu perkampungan kerana menentang beliau.

Pintu masuk Bran castle kediaman Dracula

Kenapa Vlad III dikenali sebagai The Impaler? Impalement (sula) adalah satu capital punishment zaman dahulu dimana spear (tombak) atau runcing kayu (stake) dimasuk kedalam lubang anus dan dikeluarkan melalui mulut.

(Dalam hikayat kesultanan melayu silam pernah diceritakan berkenaan hukuman sula). Lapuran mengatakan orang yang disula mati setelah beberapa minit dan ada sehingga 3 hari. Inilah cara feveret Vlad menyiksa dan membunuh lawan beliau untuk berkuasa di Wallachia.

Apabila Vlad III memberhentikan pembayaran jizya dan mula menentang pemerintahan Uthmaniah, Sultan Mehmed II telah menghantar 150,000 bala tentera Islam untuk memerangi Vlad the Impaler dengan kapal dari Sungai Danube.

Dalam peperangan tersebut ramai askar Uthmaniah ditawan dan mereka di impaled. Sepanjang jalan ke istana Poenari, 23,000 mayat askar Uthmaniah yang disula di tunjangkan dengan stake. Ini menyebabkan ketakutan kepada tentera Uthmaniah dan mereka berhenti dari menyerang Vlad III dan pulang ke Istanbul.
Dengan kekejaman ini Vlad III dapat memegang kekuasaan Wallachia sehingga beliau mati pada 1477.

Beliau mati dalam satu pertempuran melawan askar Uthmaniah dan diberitakan mayat beliau dipotong kecil dan kepala dihantar kepada Sultan Mehmet II sebagai bukti kematian.

Vlad the impaler yang terkenal sebagai dracula.

Sultan Mehmet II juga dikenali sebagai Sultan Muhammad Al Fatih penakluk Constantinople pada tahun 1454. Ya, ramai tidak tahu kisah Count Dracula bermula pada zaman Sultan Muhammad Al Fatih dimana tentera mereka berdua pernah berperang. Reputasi Vlad III yang kejam memberi inspirasi nama vampire Count Dracula dalam Bram Stoker’s 1897 novel Dracula.

**********

Cerita pontianak diselitkan dalam buku saya kerana pengalaman peribadi seorang rakan yang bertemu makhluk tuhan ini di England.

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.