Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Perkara Yang Anda Patut Lakukan Di Usia Muda Agar Tidak Menyesal Di Hari Tua

Catatan ini ditujukan kepada rakan yang masih ‘teenagers’ bawah umur 30. Semoga ianya menjadi pendorong kepada anda semua untuk ‘strive to be the best’ dalam kehidupan.

Semasa sudah lanjut usia ramai yang menyesal kerana banyak perkara mereka tidak lakukan semasa umur muda. Bila saya berjumpa dengan rakan rakan, ada yang mengeluh kerana sudah tidak ada kederat walaupun kehidupan sudah ‘stable’ dan mempunyai kewangan yang kukuh.

Pada umur 80 ramai memberitahu pada saya susah untuk travel dan tidak mempunyai keupayaan bergerak ‘freely’ kesana sini seperti umur 60. Pada umur 60, ramai yang inginkan tenaga dan ‘vigour’ ketika berumur 40. Pada umur 40, ramai kepingin umur semasa 25 dimana kehidupan adalah ‘footloose and fancy free, whatever comes let comes whatever stays let stay, whatever goes let it go’.

Kenapa jadi begini?

Sebagai manusia semestinya kita mahukan hidup ini penuh dengan ingatan manis, pengalaman hebat dan kehidupan yang penuh kerahmatan sebelum ‘we kick the bucket’ (masuk alam barzakh). Age is a state of mind, being young is relative. Growing old is mandatory. To feel old is optional.

Ada yang berumur 70 tetapi rasa seperti 50. Ada yang berumur 40 tetapi rasa seperti 60. Semuanya bergantung kepada mental, emosi dan kesihatan masing-masing. Ya, umur muda bermaksud umur bawah 30 tetapi umur 52 pun boleh dikira muda jika anda rasa begitu, InsyaaAllah.

‘In retrospective’ dari pengalaman saya banyak perkara boleh dilakukan diumur muda agar anda mendapat ‘a fulfilling life in your twillight years’. Lakukannya sekarang agar anda tidak menyesal diumur tua nanti.

1. Kelilingi diri anda dengan rakan-rakan yang positif.

Jim Rohn (seorang author dan motivational speaker) pernah berkata “You are the average of the five people you spend the most time with.” Ianya tersangat tepat kerana jika anda ingin berjaya dalam hidup, berkawanlah dengan orang yang berjaya. Banyak kali saya perhatikan seorang non smoker akhirnya menjadi seorang smoker apabila berkawan dengan smokers.

Jika anda mempunyai kawan kawan yang bercakap lucah dan suka maki hamun, lambat laun anda akan mengikut perangai mereka. Studies mendapati jika anda bergaul dengan orang obese, ada 45% kemungkinan anda sendiri menjadi obese dalam jangka 2 hingga 4 tahun. Your friends really are your future. Jika anda ingin berjaya dalam kehidupan pilihlah kelumpok kawan yang betul dan jauhi kawan yang negatif.

2. Worry less and enjoy life.

Ada manusia yang suka dengan penyakit resah risau dan setiap kerja, mereka akan worry dan worry. Worry yang berlebihan adalah satu penyakit yang boleh mengundang kepada penyakit yang lebih teruk iaitu ‘Anxiety Disorder’. Ada beberapa cara saya tackle masalah worry ini,

  • Mind control. Think of the worst that could happen. Adakah anda akan mati jika rancangan tidak berhasil. Tentunya tidak. Anda masih boleh terus hidup dan berusaha lagi untuk mencapai matlamat. German philosopher, Friedrich Nietzsche pernah berkata: “That which does not kill you, makes you stronger”.
  • Siapkan pelan kontigensi. Jika plan A tidak berhasil, pergi ke plan B dan seterusnya. Sentiasa baca surah Al-Inshirah (surah 94). Memang surah ini sangat berkesan dan mustajab untuk menghilang penyakit risau dan saya selalu mengamalkannya.
  • Talk to your trusted friends about your worries. Meluahkan kerisauan kepada seseorang boleh mengurangkan beban kerisauan tersebut.
  • Exercise dan tidur. Beriadah dan tidur cukup boleh meringankan apa apa masalah yang anda risau. Jika anda boleh ‘tackle’ penyakit worry ini, insyaAllah anda boleh enjoy life to the fullest sehingga umur tua.

3. Travel diusia muda.

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran menggalakkan umat manusia berkelana ke setiap pelusuk dunia. Tidak ada ayat yang menyuruh manusia travel bila cukup kewangan.

Travel boleh dilakukan mengikut kemampuan masing-masing. Anda tidak perlu musafir jauh keluar negara, kerana bermusafir dalam negeri pun boleh menimba berbagai pengalaman dan membuka minda.

Islam menggalakkan seseorang mengembara untuk menimba ilmu pengetahuan dan melihat alam yang pelbagai rupa, melihat kesan-kesan kaum yang terdahulu, berkenalan antara bangsa, dan pelbagai lagi. Kesemuanya itu bertujuan meningkatkan pengetahuan insan tentang kehidupan dan mendalami pengetahuan tentang Tuhan.

Alhamdulillah saya telah mula travel dari usia belasan tahun dan ianya telah menguatkan jiwa saya tika menghadapi kehidupan beranjau.

4. Learn to speak well.

Sepanjang zaman pekerjaan, saya dapat perhatikan bagaimana seseorang boleh mencatat kejayaan kerjaya sehingga mencapai tahap yang tertinggi. Apa yang common tentang mereka ini?

Adakah mereka pandai bekerja? Tidak, kerana jika bab skil bekerja ada 1000 orang lain boleh melakukan kerja yang sama, mungkin lebih sempurna lagi. 9 dari 10 orang yang cepat naik pangkat bukan setakat mereka pandai bekerja tetapi mereka pandai bercakap terutama public speaking. Mereka pandai ‘collect their thoughts’ dan berbicara menyampaikannya kepada ramai.

Public speaking bukan inbuilt secara auto dalam diri atau sudah mempunyai kelebihan bercakap dari kecil tetapi ianya mesti nurture atau dipupuk. Enrol lah diri dalam kelas public speaking atau toastmasters club dan praktis bercakap dalam mana mana mesyuarat/forum. Lama kelamaan anda akan petah bercakap secara konfiden seperti seorang ahli politik.

Belajar cara mengolah idea dan perkataan agar pendengar faham apa yang anda perlu sampaikan. Belajar cara membuat presentation menggunakan powerpoints yang boleh menyakinkan pendengar. Tentu anda pernah mendengar setengah presenter yang membuat presentation dengan gugup dan tidak pandai menyampaikan idea mereka.

Kadangkala anda akan tertidur apabila mendengar presentation sedemikian. Tentunya anda tidak ingin menjadi begitu. Saya pernah terpegun dengan seorang wakil dari sebuah syarikat tempatan yang ingin membuat JV dengan syarikat kami.

Pada masa itu syarikat beliau ingin menjadikan kami sebagai rakan kongsi dan menjemput US Google LLC melabur dalam satu projek besar di Malaysia. Semasa presentation beliau dapat menerangkan secara terperinci idea membawa Google LLC ke Malaysia dan semua terpegun dengan kelancaran bahasa presentation beliau.

Selepas selesai presentation ketika tea time saya bertanya berkenaan background beliau. Apa yang memeranjatkan beliau bukan lulusan MBA Harvard tetapi adalah seorang bekas Lt Commander TLDM. Beliau berupaya menyakinkan pendengar dengan presentation yang mantap dan public speaking skills yang bernas, walaupun tidak mempunyai kelayakan akademik yang tinggi.

Practice public speaking skills and learn to speak well. Acquire the skills and you’ll be on your way to success in your fields.

5. Choose your parents carefully.

Mahathir pernah ditanya bagaimana beliau masih sihat dan berupaya untuk cergas berfikir dalam umur 90’an. Beliau menjawab ‘Choose your parents well’. Tentu ianya perkara mustahil tidak seperti kebebasan kita memilih pasangan hidup. Jika difikir secara mendalam memang benar, ‘we are who our parents are’.

Ini bermakna kita akan mengikut perangai dan kesihatan ibu bapa kita. Saya pernah menceritakan sebelum ini kisah seorang rakan yang telah kehilangan bapa, semua abang dan semua pak sedara ketika mereka berumur 40. Ketika 40, kesemua mereka meninggal dunia kerana heart attack.

Rakan saya ketika itu berumur 38 tetapi sangat kerisauan kerana menjangkakan tidak akan hidup lama. Beliau telah sedar perkara ini dari umur belasan tahun dan telah merubah gaya hidup kepada lebih aktif, menjaga pemakanan sihat dan sentiasa membuat full medical checkup.

Sekarang rakan saya ini berumur 58 tahun dan masih sihat walafiat. Beliau telah dapat merubah statistik yang dipikul oleh ahli keluarga selama ini. Kaji kesihatan ibu bapa anda dan kemungkinan besar anda akan mewarisi apa apa penyakit yang mereka alami. Jika ibu bapa mengidap diabetes, anda boleh mengelak dari terkena diabetes dengan menjaga pemakanan, berat badan, dan riadah dari umur muda.

Anda tidak perlu mewarisi penyakit yang dihidapi mereka dengan merubah gaya hidup dari usia muda.

6. Rancang kewangan dari muda.

Semasa dalam jagaan ibu bapa ramai tidak memikirkan masalah kewangan kerana parents akan membantu jika menghadapi kebuntuan. Walaupun sudah bekerja, mereka masih berharap pertolongan dari ibu bapa.

Apabila tahu ada orang dibelakang yang akan ‘bail you out’ jika bermasalah, anda tidak dalam positive stress mode dan tidak akan pandai belajar berdikari. Saya nasihatkan kepada orang muda untuk mula memikirkan halatuju kepada zaman bersara sekarang ini, sebelum umur capai 30.

Sebenarnya zaman bersara pada umur 50 atau 60 tidak jauh sangat dan masa yang sesuai untuk mencatat strategi adalah ketika muda. Anda perlu berusaha dari sekarang untuk mendapat passive income ketika bersara, ‘retire young retire rich’.

Wallahua’lam.

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
kutuberahak.com
FB: Zainuddin Omar

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.