Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Perancangan Hidup Setelah Jutawan: What’s Next?

Yes, you read it correctly. Apakah perancangan anda bila sudah kaya? Satu tajuk disengajakan untuk menyentap jiwa dan minda. Anda marah dengan tajuk ini? Sabar dan baca seterusnya.

Banyak artikel saya telah menulis mengenai pelan kemewahan yang sepatutnya dilaksanakan dari usia muda. Jika anda ikut rapi tip yang diberi, insyaAllah anda akan berjaya satu hari nanti kerana ‘failure is not an option’. Saya sangat suka attitude rakan-rakan cina yang dari kecil diajar oleh ibu bapa mereka untuk berjaya dalam hidup dengan cara perniagaan dan usahawan.

Kes pertama ialah Cikgu Lee rakan saya di sekolah menengah. Beliau belajar di USM dan memasuki Maktab Perguruan untuk menjadi seorang guru Matematik. Tentunya sebagai seorang penjawat awam, akan bersara diumur 60 dan mendapat pencen bulanan.

Hidup tidaklah terlalu kaya tetapi senang. Bila pertama berjumpa beliau setelah 35 tahun tidak bersua, soalan pertama diajukan kepada saya ialah “zainuddin, you sudah kaya?” Saya hanya mampu tersenyum. Beliau walaupun seorang guru, mencari duit tambahan dengan membuat kelas tuition. Secara perlahan beliau membeli tanah terbiar dikampong dan menanam kelapa sawit. Setelah bersara beliau sudah boleh hidup goyang kaki menjadi hartawan dengan mempunyai tanah sawit berpuluh ekar.

Kes kedua, Mr Sim rakan disekolah menengah juga. Beliau menghadiri reunion kelas dengan menaiki Porsche dari Singapura. Disana nak miliki kereta bukan mudah apatah lagi Porsche? Mr Sim menjalankan konsultansi IT dan semi-conductor di Singapura dan syarikat beliau telah dibeli oleh sebuah conglomerate dari US. Beliau menjadi instant billionaire.

Kes ketiga rakan saya Mr Lim rakan di sekolah rendah. Beliau telah membuka banyak kedai komputer di KL dan sekarang seorang hartawan. Ada banyak lagi contoh rakan-rakan saya yang berjaya dalam kehidupan walaupun semuanya dari keluarga miskin dan berasal dari kampong. Harta yang mereka miliki sekarang bukan dari harta pusaka. Semua mereka ada pelan untuk berjaya dalam kehidupan dari awal apabila memasuki alam pekerjaan. Mereka telah melakar pelan kemewahan dari usia muda.

Anda pun mampu melakukanya. Apa yang penting, perancangan untuk berjaya dalam kehidupan mestilah bermula dari usaha muda, beristiqama dan sentiasa bersemangat walaupun tersungkur banyak kali. Setelah berjaya dalam kehidupan diusia muda, then what’s next? Adakah anda akan travel non stop?

Ok saya ceritakan pengalaman bertemu beberapa travellers dan ceduk cerita mereka untuk dijadikan iktibar. Ketika beratur menunggu bas ke Machu Picchu di pekan Aguas Calientes pada jam 4 pagi saya berdiri dibelakang queue seorang pemuda dari Germany. Memang perlu queue jam 4 pagi menaiki bas pertama ke Machu Picchu untuk mengelak dari dikerumuni beribu pelawat lain dipintu masuk. Itu tip yang saya dapat dari bacaan google.

Saya sempat bersembang dengan Hans pemuda Jerman dihadapan saya. Beliau travel bersama teman wanita dari Holland yang baru dikenali. Apa yang menarik, Hans memberitahu saya bahawa beliau berhenti bekerja untuk travel. Setelah graduate beliau bekerja selama 3 tahun sebagai IT inventory manager tetapi rasa kehidupan beliau tidak kemana. Hans ambil keputusan untuk ‘resign from work and travel the world’ setelah menyimpan cukup duit. Beliau tinggal segalanya untuk travel dan sudah 6 bulan berada di South America.

‘What if you finish all your savings’ saya tanya Hans kerana ingin tahu lebih lanjut perancangan hidup beliau. “Haha not to worry, my savings will last me 5 years. I travel on the cheap and do odd works to supplement my income. Anyhow my needs are very little” jawab beliau yang masih berumur 25 tahun dan nampak konfiden atas apa yang beliau ingin lakukan. Itu sebab cheap travellers yang ditemui sangat kedekut kerana mereka ingin menarik bajet sehingga bertahun-tahun.

Di Kyrgyzstan saya terserempak dengan dengan Sam, seorang pengembara dari Amerika. Beliau berumur dalam 50-an dan telah mengembara selama tiga tahun. Sam mempunyai perniagaan di US dan mengambil cuti untuk melihat dunia. Selang beberapa bulan beliau akan pulang kekampong halaman untuk uruskan hal peribadi dan kembali mengembara semula.

Di Indonesia saya pernah nampak traveller bule yang bergaduh minta balik 1000 rupiah (30sen) duit picisan dari pemandu motosikal ojek yang mereka naiki. Cheap travellers tidak mengenali perkataan ‘TIP’ dalam vokab mereka. Ramai lagi pengembara barat yang saya temui, tak kira lelaki atau perempuan yang mempunyai prinsip sama dengan Hans dan Sam, untuk kembara melihat dunia selama bertahun tahun ketika umur muda.

Pada mereka duit dan harta boleh dicari kemudian tetapi ketika umur muda dan kederat masih ada, mereka ingin melihat dunia. Selain itu saya juga bertemu dengan ramai matured couples yang berbackpacking ketika sudah lanjut usia.

Satu couple dari US berumur 60’an sudah travel setahun semasa saya terserempak dengan mereka di Sri Lanka. Mereka menggunakan life saving untuk mengembara dan meninggalkan ‘good life’ di US. Seorang rakan saya menghambakan diri menabur bakti membantu asnaf. Beliau seorang hartawan yang berjaya dan ingin berkongsi kekayaan dengan orang lain. Dengan duit banyak perkara kebaikan yang boleh dilakukan, dari tiada berduit.

Ya, kebanyakan kita di Malaysia sudah diprogram untuk menjalani hidup mengikut bentuk orang lain (in others mould). Kita diajar dari kecil untuk belajar bersungguh-sungguh agar mendapat ijazah dari Universiti, dapat pekerjaan bagus, beli kereta dan rumah, berkahwin, ada anak cucu, pergi Haji, pencen dan akhirnya mati.

Kehidupan semuanya dibentuk ‘black and white’ dan otak kita diprogramkan bahawa itu sahaja cara terbaik yang diukur dari orang lain. Beberapa rakan FB saya berbangsa melayu berprinsip seperti Hans, ‘give up everything’, tinggalkan kerjaya dan travel bertahun tahun untuk mengejar cita-cita melihat dunia.

Adakah ini cara terbaik agar hidup kita tidak ‘black and white’ dan lebih ‘colourful’? Sebenarnya ianya satu soalan yang sangat susah untuk dijawab dan anda sendiri perlu mencari jawapannya. Pengembara Hans dan ramai yang saya temui hidup di negara barat yang mempunyai tradisi, cara hidup dan sistem kehidupan sangat berbeza dengan negara kita. Mereka tidak peduli ibu bapa yang tua kerana akan dihantar kepada eldercare home. Hidup hanya berkisar dengan kehendak diri sendiri sahaja. UK, Germany dan negara yang sewaktu dengannya mempunyai ekonomi yang kuat, ada sistem dole – unemployment benefits dan tidak susah untuk mencari pekerjaan jika diperlukan.

Pada saya, kehidupan seperti Hans memang tidak boleh diikuti kerana kehidupan kita sangat berbeza dari barat. Carian keseimbangan perlu diperolehi agar kehidupan cara ketimuran kita dapat dilestarikan dengan keinginan dan cita-cita untuk melihat dunia. Ada rakan saya masih seronok bekerja, teruskan asalkan ianya mengembirakan.

Apa yang penting jangan memenjarakan diri dengan kerja rutin seperti berikut kecuali jika ianya hobi:

  • membela kucing atau ternakan
  • menjaga cucu secara fulltime
  • servis hantar cucu ke kindergarten
  • menjaga tanaman rumit seperti pokok tin.
  • tambah dapur baru,
  • mempunyai rumah terlalu besar untuk diselenggara.
  • main saham spekulatif.
  • terlalu banyak property dalam jagaan.
  • terjebak dalam business baru yang perlukan pengawasan rapi.

Diusia persaraan, memang elok semua aktiviti dibuat bersama dengan ‘your other half’ dan berbincang bersama jika ada masalah. Yalah, isteri kita telah bersama “through thick and thin” dari zaman kita susah sehingga zaman kita senang. Apa apa keputusan biarlah “win-win” antara berdua.

Prinsip saya secara mudah:

  • belajar,
  • travel,
  • bekerja,
  • buat perancangan masa depan,
  • travel,
  • berkahwin beranak cucu,
  • travel,
  • beli kereta rumah,
  • langsaikan hutang segera,
  • travel ambil iktibar,
  • bersara,
  • tunaikan tanggung jawab pada Allah dan manusia,
  • travel dan hayati ciptaan Allah,
  • do good to others along the way.
  • (not necessarily in that order).

Jadi, apakan perancangan anda bila sudah kaya? Tepuk dada tanya selera.

InsyaAllah.

Wallahuallam.

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.