Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Penjagaan Ibu Bapa Tua dan Uzur.

Jumlah penduduk negara ini yang berusia 65 tahun dan ke atas meningkat kepada 2.23 juta pada suku keempat tahun 2019 berbanding 2.14 juta bagi tempoh sama pada 2018 menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia. Peningkatan populasi warga emas adalah fenomena yang berlaku di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Penduduk Malaysia yang berumur 60 tahun dan ke atas dijangkakan akan mencecah 15 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk dalam masa 15 tahun kehadapan.

Rumah-rumah kebajikan warga emas banyak tumbuh kerana anak-anak dan ahli keluarga tidak mahu bertanggungjawab atau menjaga kedua ibu bapa mereka yang tua dan uzur. Semasa kecil dengan ramai adik beradik, ibu bapa sangat bersabar menjaga anda sehingga ‘menjadi orang’ tetapi apabila mereka sudah tua dan uzur, anda abaikan mereka. Anda sebuk dengan kerjaya mengejar harta duniawi dengan kehidupan sendiri sehingga tiada masa menjaga orang tua di kampong.

Ingatlah arahan Allah dalam Surah Al-Israa’ 17 ayat 23,

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Saya menerima beberapa msg di messenger meminta nasihat saya berkenaan penjagaan ibu bapa dikampong kerana mereka tidak mahu mengikut anak ke bandar. Selain itu masalah adik beradik yang terlalu berkira masa menjaga ibu bapa mereka yang uzur. Apa-apa keputusan yang diambil, pastikan ianya mengembirakan ibu bapa dengan memberi keselesaan terbaik tanpa mereka merasa dukacita. Beberapa panduan yang saya perolehi dari pengalaman menjaga ibu bapa/mertua serta pemerhatian saya pada saudara mara.

Terima hakikat untuk menggalas tanggungjawab menjaga ibu bapa.

Hidup ini berfasa, semasa kecil ibu bapa menjaga kita dan kini apabila mereka sudah tua dan uzur, adalah tanggungjawab anda pula untuk menjaga mereka, sebagai anak yang solih. Apabila hakikat ini diterima oleh diri anda, maknanya anda perlu membuat pengorbanan dalam kehidupan harian. Perlukah anda bersara awal? Adakah perlu anda kurangkan travelling? Adakah perlu asingkan wang bulanan untuk healthcare mereka? Perlukah anda berpindah berdekatan rumah ibu bapa? Perlukah anda melapangkan lebih masa bersama ibu bapa? Semua persoalan itu perlu anda cari jawapannya sendiri.

Bersabar dengan karenah ibu bapa yang tua dan uzur.

Apabila tua dan uzor banyak perkara yang dulu mudah dilakukan tetapi sekarang perlu bantuan dari orang lain seperti kehilangan keupayaan menguruskan diri sendiri. Mereka akan terasa cepat merajuk untuk mendapat perhatian. Fahamilah keadaan, jika rasa kekecewaan mereka dizahirkan dengan amarah terhadap diri anda. Banyaklah bersabar dan jaga sopan santun anda dengan ibu bapa walaupun ketika mereka marah terhadap anda.

Berikan health care terbaik kepada ibu bapa.

Jangan terlalu berkira dengan kewangan dan jika ada ramai adik beradik berkongsilah untuk memberi health care terbaik pada mereka. Tiada nilai wang dalam dunia ini boleh menggantikan jasa ibu bapa memberi kasih sayang membesarkan anda dari lahir.

Pembahagian tugas dengan adik beradik.

Bincang dengan baik bersama adik-beradik anda untuk membahagikan tugas dan kewangan. Penjagaan ibu bapa adalah tanggung jawab bersama bukan terletak dibahu abang long sahaja atau pada adik bongsu. Jika sama-sama memikul tanggungjawab, tugas berat menjadi ringan. Memandangkan anak lelaki mendapat dua kali ganda harta perwarisan, adalah wajar pikulan tanggungjawab perlu berganda pada anak lelaki. Janganlah berkira tenaga, masa dan wang ringgit. Jangan bina pelbagai alasan untuk melepaskan tanggungjawab itu kepada orang lain kerana ibu bapa yang uzur tidak lama berbanding masa mereka menjaga anda dari kecil hingga besar.

Jangan hantar ibu bapa kepada pusat kebajikan warga emas.

Letakkan diri anda dalam situasi yang sama. Adakah anda sanggup dihantar ke pusat kebajikan oleh anak dan dijagai oleh orang yang tidak dikenali?

Gembirakan ibu bapa.

Apa tindak tanduk mestilah mengutamakan kebahagiaan ibu bapa dan tidak mendukacitakan di senja hidup mereka. Jangan merungut jika ibu bapa minta dibelai atau ditengok sakitnya. Catatan ini hanya panduan secara am kerana semua masalah tidak sama dan semua orang tidak serupa. Jika mereka pergi pada ketika kamu tidak sempat menyemai bakti, percayalah kamu pasti akan kesal sepanjang hayat. Jika anda sempat menabur bakti kepada ibu bapa disaat akhir hayat mereka, bersyukurlah kamu antara insan-insan terpilih melaluinya.

Wallahu a’llam.

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.