Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Pengembara Melayu di Eropah Era 70’an

Semasa kembaraan saya di Eropah pada tahun 70’an, tidak ramai asian traveller yang saya temui. Kalau ada pun, hanya terserempak dengan pelajar melayu yang belajar di UK seperti kami geng kutuberahak.

Kadang kalau ada terjumpa juga seorang dua traveller jepun kerana kebanyakan adalah traveller dari negara european continental seperti Italian, german, dutch dan swedish.

Bukan senang nak travel ke Eropah dari negara Malaysia pada era tersebut, kerana kos penerbangan sangat tinggi. Hanya keluarga yang kaya sahaja mampu bercuti ke Eropah terutamanya ke Perancis, Switzerland dan Italy.

Semasa backpacking saya pernah terserempak dengan orang kaya melayu dari Malaysia yang sedang bercuti di Venice dan St Moritz Switzerland. Seperti biasa saya yang menegur mereka dahulu dan berpisah ‘after changing a few words’. Itu sahaja salam perkenalan pendek kami. Jarang mereka mahu berkenalan dengan backpacker melayu marhaen, berambut panjang berpakaian serabut.

Sepanjang kembaraan memang saya tidak pernah berjumpa backpacker dari Malaysia kecuali pelajar dari UK.

Pengembara jepun kebiasaan membuat trip pendek menjelajah beberapa buah negara sahaja. Traveller Amerika memang ramai tetapi jarang menegur kami kemungkinan diatas sifat egois mereka.

Backpacker yang ramai adalah pemuda pemudi dari continental europe mengembara semasa cuti dari persekolahan atau universiti.

Kebanyakan traveller yang kami temui akan bertanya tentang bangsa kami dan kebiasaan kami akan menyuruh mereka meneka terlebih dahulu. Iras travel buddy saya Ibrahim walaupun anak kelahiran melanau tetapi wajahnya mirip seperti orang jepun. Kerap kali traveller Jepun akan menegur beliau dalam bahasa Jepun. Ibrahim kebiasaan akan ‘play along’ dengan mengangguk kepala ala jepun dan bercakap ‘hait’!!

Orang Eropah atau Amerika memang tidak tahu Malaysia atau orang melayu. Sekarang Malaysia sudah femes disebabkan kes MH 370, MH17, 1MDB dan Joong Nam.

Traveller Amerika akan meneka kami sebagai orang Cina, atau orang Chicano (memang rupa kita mirip orang mexico, atau orang polynesian kerana ada teori mengatakan melayu berasal dari kepulauan polynesia), atau orang Jepun, orang India (mungkin sebab kulit saya sawo matang), orang red indian (kemungkinan ada mirip tonto, buddy Lone Ranger), orang arab (hidung kemek macamana depa kata kami arab) dan orang Eskimo.

Tidak ada satu pun meneka kami orang Malaysia atau orang melayu. Bila saya perjelaskan, semua tercenggang menggaru kepala dan tidak tahu dimana Malaysia walhal saya tahu mereka dari Minnesota atau dari Montana Rocky Mountains atau dari Alabama.

Kebiasaan saya akan membuka peta dan menunjukkan lokasi Malaysia. Ada yang bertanya samada orang malaysia masih tinggal diatas pokok atau bercawat saperti puak orang asli di New Guinea. Kadangkala saya berseloroh mengatakan daging orang putih sangat manis dan enak (sweet and delicious). Saya juga mengatakan bahawa orang Malaysia menuntun TV diatas pokok.

Mereka terpegun bila saya memberitahu nama nama President US dari Abraham Lincoln, Thomas Jefferson hingga ke John F Kennedy. Mereka terperanjat bila saya menceritakan peristiwa Battle of the Little Bighorn 1875 dimana US 7th Cavalry Regiment dibawah General Armstrong Custer tertewas ditangan puak red indian berbangsa Sioux dan Cheyenne yang diketuai oleh Sitting Bull.

Kami belajar mengenai Pampas Argentina, tanah savanna di Africa, kawasan tangkapan ikan cold water di Bering straits, dan kawasan tundra Siberia.

The black hole of Calcutta, perjuangan Mahatma Gandhi dan Napoleon, Taj Mahal, dinasti Mughal dan bahalul lodi, tamadun mesapotamia, the Hanging Gardens of Babylon dan pelayaran Columbus, semua ini dipelajari sebagai sabjek Sejarah tingkatan 3.

Itu sebab saya berasa terharu apabila dapat melihat savanna dan rift valley di Kenya, pampas di Argentina, Machu Picchu di Peru dan lain lain keajaiban dunia. Saya terharu kerana tidak menyangka dapat melihat dengan mata kepala sendiri perkara yang hanya menjadi igauan semasa disekolah dahulu. Alhamdulillah.

Syllabus pelajaran tahun 70’an di Malaysia sangat awesome.

Semasa kembaraan kami sentiasa menjaga tatasusila dan akhlak sebagai seorang melayu. Antara pengembara kami berkongsi makanan jika ada lebih dan bersopan santun jika bertemu backpacker dari negara lain. Di hostel kami sentiasa menjaga kebersihan dan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Sangat sedih apabila mendengar khabaran bahawa ramai pengembara muda dari Malaysia yang tidak berperangai elok di Korea dan Jepun. Sebagai rakyat Malaysia kita adalah ambassador kecil yang membawa maruah negara ketika berkembara.

Catatan oleh:
Ir Haji Zainuddin Bin Haji Omar
kutuberahak.com
FB: zainuddin omar

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.