Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Pencacai

Pencacai adalah perkataan yang dipopularkan oleh P Ramlee dalam filem Tiga Abdul. Sekarang digunakan oleh penyokong Kerajaan ke atas pembangkang, dan penyokong pembangkang ke atas Kerajaan.

Pada tahun 60’an dan 70’an pihak British membina tandas terutamanya di kuarters Kerajaan yang mempunyai takung atau baldi yang menakung najis. Setiap tandas ada tingkap di belakang agar ‘pencacai’ boleh menggantikan takung najis pada waktu malam ketika kebanyakan orang tidak menggunakan tandas.

Nasiblah kalau pada waktu itu anda sedang mencangkung meneran kena tangan pencacai yang sedang mengantikan takungan. Pencacai tukang angkat najis biasanya apek tua berbangsa cina dan oleh kerana tiada siapa mahu membuat kerja tersebut, gaji mereka sangat mahal antara 300 hingga 400 ringgit sebulan.

Ianya setanding dengan gaji para guru pada zaman itu bersamaan RM3000 hingga RM4000 sekarang ini. Mereka biasanya memakai baju plastik seperti baju hujan dan sebuah lampu carbide diletakkan di kepala.

Mereka juga menutup muka dan kepala mungkin untuk mengelakkan dari dilihat orang kerana malu bekerja sebagai pencacai. Saya masih ingat semasa kecil menggunakan tandas jenis ini tetapi tidaklah terasa geli geleman berbanding sekarang jika terpaksa menggunakan pit latrine di India atau negara Central Asia.

Apabila apek pencacai datang buat kerja kami akan tutup hidung kerana beliau mengandar dua baldi najis di depan dan di belakang. Najis tersebut biasanya dibuang di sungai kerana pada zaman tersebut belum ada lagi Kementerian Alam Sekitar. Itu sebab ikan sembilang dulu kala sangat gemok.

Korang bernasib baik dilahirkan zaman moden dan hanya kenal flushed toilet sahaja. Walaubagaimana pun kerjaya pencacai masih ramai dikalangan penyokong orang politik sekarang ini.

Catatan oleh:

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
Sila LIKE dan FOLLOW
Page Kutuberahak.
https://www.facebook.com/kutuberahakdotcom

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.