Copacabana adalah sebuah neighbourhood elit di selatan Rio de Janeiro Brazil dimana terletaknya pantai copacabana sepanjang 4 km. Apakah yang menyebabkan pantai Copacabana terkenal diseluruh dunia sehinggakan penyanyi Barry Manilow menamakan sebuah lagu beliau sebagai Copacabana?
Pantai di Lombok lebih cantik dari pantai Cobacabana tetapi ia popular kerana ‘people attract people’ dan peminat pantai berduyun datang dari seluruh dunia kerana cuaca yang tidak panas sepanjang tahun.



Di sini dan sepanjang promenade ramai body builder dan mereka yang berpakaian mandi menjolok mata berjalan jalan tanpa tujuan untuk menayang badan mereka. Pada akhir minggu, pantai akan dipenuhi dengan manusia berjemur yang menyebabkan mata kita sakit.

Agak senang menaiki bas di Rio untuk ke pantai pantai kerana setiap tepian pantai ada penanda besar yang dinomborkan dimana bas akan berhenti. Harga tiket bas hanya Rm5 setiap kali ride (jangan terperanjat kerana didalam bas pun ramai yang berbikini dan yang memakai swimming trunk sahaja).