Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Nota rengkas untuk mereka yang berminat ke Greek Islands.

Ramai orang kita tidak mengenali pulau Rhodes dan Crete kecuali Santorini di kawasan Greek Islands walhal ianya adalah pulau tumpuan pelancung dari eropah sekarang ini.

Ada direct charter flight Ryan Air dari Manchester dan London ke Rhodes dan Crete setiap hari yang membawa pelancung UK semasa peak season.

Tarikan Santorini adalah dari keunikan bangunan bangunan putih yang dibina ditebing bukit mengadap laut Aegean tetapi tidak mempunyai pantai yang cantik. Pulau Santorini sangat kecil dan jalannya yang sempit sangat menyusahkan pemandu kereta.

Walaupun cantik saya tak teruja sangat di Santorini kerana terlalu ramai pelancung dan terasa cramp bila berada disana selama empat hari. Sekarang ini Santorini menjadi tarikan turist dari China yang datang dengan charter flight setiap hari.

Kesemua tempat tarikan dimonopoli oleh pelancung cina dan kadangkala berebut dengan mereka untuk mengambil gambar di spot yang ikonik. Santorini sudah seperti Iceland, dan anda pasti terserempak dengan ramai pelancung tour group dari Malaysia juga. Kunjungan ke Santorini sudah menjadi terlalu ‘mainstream’. Saya berpeluang berbual dengan beberapa orang tempatan berbangsa greek dan pada mereka pulau Rhodes dan Crete adalah tercantik dari 1,200 pulau di Greece ini.

Rhodes dan Crete mempunyai banyak kesan sejarah berusia lebih 3000 tahun dari peninggalan zaman Minoan, Byzantine, Roman, Crusaders dan Uthmaniah, antara lain.

Harga hotel, sewaan kereta dan barangan makanan di Rhodes dan Crete tidak semahal di Santorini, Kos, Mykonos dan Corfu. Kehidupan di dua pulau tersebut juga agak aman tidak saperti di Santorini yang hectic.

Kos tiket penerbangan ke Santorini dari Athens adalah dalam anggaran Rm1500 return tetapi kos ke Rhodes dan Crete lebih murah.

Saya cadangan mereka yang mempunyai masa, untuk menggunakan perkhidmatan feri yang menghubungkan antara pelabuhan Athens di Piraeus kepada semua pulau greek yang besar kerana kos yang murah. Feri nya bersaiz besar dan boleh memuatkan 2000 passengers.

Sewaan kereta semasa off peak season adalah 25 euro sehari dan meningkat kepada 50 euro sehari semasa peak season di kepulauan greek. Harga petrol ron 95 seliter adalah 1.8 euro (Rm8.60).

Kebiasaan saya memilih hotel 3 bintang dalam harga 25 euro sehari yang mempunyai rating melebihi 8.0 di Agoda. Saya kurang berminat menggunakan Booking..com kerana mereka selalu nya membuat caj kepada credit card walhal dihotel saya diminta untuk pembayaran sekali lagi.

Selepas pembayaran baru Booking..com selaraskan dengan pihak credit card, dimana kadang-kala terjadi double charge. Reservation hotel menggunakan Agoda juga adalah lebih mudah.

Pengeluaran wang tunai boleh dibuat dari semua mesin ATM yang mempunyai logo PLUS. Keselamatan di kepulauan greek amat baik dan tiada crime berbanding Athens dimana kes ragut selalu terjadi.

Saya pernah berjumpa dengan seorang backpacker dari Germany yang terkena ragut di Athens sebelum datang ke Rhodes. Ekonomi Greece yang merudum menyebabkan banyak petty crime berlaku di Athens sekarang ini, tetapi kembaraan ke kepulauan greek adalah lebih selamat.

Mungkin ramai yang tidak pernah mendengar sebuah tempat bernama Lindos. Ianya sebuah pekan kecil, 50km dari Rhodes town, Rhodes Greece.

Sebelum ke Rhodes saya memang tidak tahu menahu keujudan pekan ini sehingga diberitahu oleh tauke car rental dimana saya menyewa kereta Hyundai Picanto beliau.

Pekan ini hanya mempunyai 700 penduduk dan kesemua aktiviti hanya tertumpu kepada pelancungan sahaja.

Semua bangunan dicat putih dan keunikan pekan ini adalah kerana pantai nya yang cantik berdekatan bukit yang terdirinya Acropolis dan castle yang pernah diduduki oleh crusader Knights Hospitaller dan tentera Uthmaniah.

Di Rhodes Island, pelawat hanya perlu melawat Rhodes Old City dan Pekan Lindos dimana kedua duanya adalah Unesco World Heritage Site. Empat hari adalah mencukupi untuk melawat pulau ini yang hanya 18km dari tanah besar negara Turki.

Jika anda bernasib baik, boleh terserempak dengan guitarist David Gilmour dari Pink Floyd yang mempunyai rumah di Lindos.

Travel ke Greek Island pada bulan mac, april dan may kerana harga yang lebih murah serta cuaca yang tidak panas. Jangan lupa membawa barang makanan halal dari Malaysia kerana makanan halal memang zilch di greek islands.

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.