Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Trip Nagorno Karabakh – wilayah yang menunggu tercetusnya peperangan

Sebelum terbang ke Baku Azerbaijan dari Tbilisi Georgia, semua gambar di Nagorno Karabakh saya backup dalam dropbox dan kemudian delete dalam iphone. Begitu juga semua posting berkenaan Nagorno Karabakh terpaksa saya padamkan di Facebook.

Wilayah Nagorno Karabakh terletak diantara negara Armenia dan Azerbaijan

Ini bertujuan memastikan jika pihak security Azerbaijan menyelongkar bag dan iphone saya di airport, mereka tidak akan dapat mencari bukti bahawa saya sudah masuk Nagorno Karabakh. Jika mereka tahu saya pernah ke Nagorno Karabakh (NK) tentu saya tidak akan dapat masuk ke Azerbaijan dan dihalau pulang semula ke Georgia.

Apabila di imigresen Azerbaijan, soalan pertama ditanya ia lah ‘’Where in Armenia have you been?’’

Nagorno Karabakh pada asalnya wilayah muslim Azerbaijan tetapi sekarang ini didiami oleh penduduk Armenian beragama kristian. Pada tahun 1988 berlaku peperangan menuntut kemerdekaan penduduk Nagorno Karabakh yang berbangsa Armenia dari Azerbaijan. Gencatan senjata dicapai apabila tentera Armenia menawan 14% wilayah Azerbaijan diluar Nagorno Karabakh dimana 30,000 nyawa kehilangan di kedua pihak.

Semua penduduk Islam Azeri (bangsa azerbaijan) dihalau keluar dari Nagorno Karabakh dan penduduk Armenia di Azerbaijan dipaksa pindah ke Armenia. Turkey yang membantu Azerbaijan menutup semua pintu masuk ke Nagorno Karabakh yang menyebabkan pintu keluar Nagorno Karabakh hanya melalui Armenia sahaja.

Pelawat yang ingin ke Nagorno Karabakh hanya boleh masuk melalui Armenia dari pintu Georgia kerana perbatasan Turkey dan Azerbaijan ditutup. Hanya negara Georgia yang masih berbaik dengan Turkey dan Azerbaijan di negara Caucasus.

Dari Yerevan Armenia pelawat boleh menyewa shared taxi ke Stepanakert ibu negara Nagorno Karabakh dengan kos 6,000 Armenian dram (Rm50). Perjalanan sejauh 320 km mengambil masa 5 jam dari Yerevan melalui jalan mountain pass yang sempit dengan ketinggian 6000 kaki.

Perjalanan dari Yerevan Armenia menaiki van mengambil masa lebih dari 5 jam ke Stepanakert, ibu negeri Nagorno Karabakh

Di pasar Stepanakert pemandu kereta kami berbangsa Armenia dimaki hamun oleh seorang makcik tua tetapi beliau cool dan diam sahaja. Rupanya makcik Nagorno Karabakh tersebut marah kepada rakyat Armenia yang sedang berdemo untuk menurunkan kerajaan mereka. Makcik tersebut takut kerana dalam keadaan huru hara di Armenia akan menyebabkan tentera Azerbaijan menyerang Nagorno Karabakh apabila Armenia lemah. Begitulah rakyat Nagorno Karabakh yang sentiasa ketakutan diserang oleh negara jiran mereka yang lebih besar dan kaya.

Pejabat Imigresen di pintu masuk Nagorno Karabakh. Perbatasan tidak dikawal kerana pelawat adalah orang Armenian dan jarang menerima kunjungan turis luar.

Nagorno Karabakh tidak menggunakan matawang sendiri tetapi matawang Armenian Dram (AMD) dimana 1000 AMD ~ Rm8. Cost of living, barangan dan makanan harganya seperti di Malaysia dan produk dari China memenuhi pasaran NK.

Nagorno Karabakh bermakna ‘Mountainous black garden’ kerana ianya dikelilingi hutan dalam kawasan pegunungan. Semasa saya melalui jalan pegunungan ini, salji masih turun walaupun pada akhir March.

Dibandar Stepanakert Nagorno Karabakh yang sunyi sepi.

Pasport pelawat tidak di stamp dan perlu membayar VOA 3,000 dram (Rm25) untuk masuk ke NK. Di Stepanakert saya perhatikan ramai askar muda belasan tahun berkeliaran, sama seperti di Jerusalem. Tidak banyak bangunan tinggi disana dan keadaan seperti 30 tahun kebelakang dari Malaysia. Makanan adalah seperti di Armenia dan tiada yang halal. Saya hanya menjamu selera dengan ikan, roti dan sayuran sahaja.

Bandar Stepanakert kecil dan tidak sebok. Ianya lenggang tanpa banyak kenderaan. Saya tidak nampak turis di bandar ini dan kemana pergi, saya diperhatikan oleh orang awam yang pelik dengan kehadiran turis ke negara mereka.

Nagorno Karabakh adalah wilayah yang dikelilingi pegunungan.

Saya melawat sebuah masjid yang telah ranap semasa peperangan Nagorno Karabakh-Azerbaijan dan dibiarkan begitu sahaja. Tiada muslim tinggal di Nagorno Karabakh kerana semua telah dihalau keluar ke Azerbaijan.

UN masih mengakui Nagorno Karabakh sebagai wilayah Azerbaijan dan ini menyebabkan Nagorno Karabakh, seperti Montenegro tidak diiktiraf oleh International Communities.

Nagorno Karabakh (dan Armenia) masih technically at war dengan Azerbaijan dimana pada tahun 2016 pernah berlaku skirmishes dengan kematian tentera dikedua pihak.

Ini bermakna jika anda tidak bernasib baik berada di Nagorno Karabakh pada ‘wrong time at the wrong place’ mungkin anda akan terperangkap didalam peperangan yang tidak dijangka.

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
#kutuberahak

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.