Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Misteri batu terapung di Dome of the Rock Jerusalem

Semasa kecil saya kerap diceritakan berkenaan batu terapung di kawasan Masjidil Aqsa dan pada pemikiran seorang budak ketika itu ianya adalah satu keajaiban out of this world yang mesti dilihat dengan mata kepala sendiri. Mengikut Al-kisah cerita disebalik batu itu, ianya adalah batu asal tempat duduk Nabi Muhammad SAW saat Isra Mi’raj sampai kini masih tetap terapung di udara.

Pada saat Nabi Muhammad hendak Mi’raj, batu tersebut telah terangkat mengekori rasulullah, tetapi Nabi SAW menghentakan kakinya pada batu tersebut, agar batu tersebut berhenti dari mengikuti bersama malaikat Jibrail naik ke langit bertemu Allah swt. Batu terapung tersebut berada dalam masjid Umar (Dome of the Rock) di Lingkungan Masjidil Al Aqsa di Jerusalem.

Ramai menceritakan bahawa batu tersebut disokong oleh tangga dan dibina support kerana dilapurkan seorang wanita mengalami keguguran kerana terperanjat melihat batu yang tergantung diudara. Jika ianya benar tentu ada scientific explanation seperti konsep Maglev (magnetic levitation) train dimana ianya satu sistem menggunakan dua set magnets yang kuat.

Apabila saya berpeluang melawat Palestine pada tahun 2012 tentunya saya ingin melihat sendiri batu yang terapung tersebut yang bermain dalam minda saya dari kecil. Di dalam Masjid Omar (Dome of the Rock) ada satu laluan bertangga kebawah kawasan berbatu dimana terdapat kawasan kecil untuk bersolat yang boleh memuatkan antara 20 hingga 25 jemaah.

Diriwayatkan ianya kawasan dimana rasulullah mengerjakan solat sunat sebelum isra mi’raj. Bersebelahan kawasan tersebut terdapatnya satu bongkahan batu besar. Batu tersebutlah yang dikatakan terapung.

Saya melihat dan memeriksa dengan teliti bongkahan batu tersebut samada ianya terapung. Dari kiri kanan saya memeriksa dengan teliti dan tiada nampak ianya terapung atau tergantung. Ianya seperti outcrop batu yang lebih besar dibawah yang dipecahkan untuk memuatkan ramai jemaah. Ternyata semua cerita berkenaan batu terapung adalah tidak benar dan tahyul.

Dalam dunia ini semua fenomena adalah mengikut hukum tabei dan undang-undang alam. Tiada kuasa jin yang menyebabkan banjir di Kelantan dan Trengganu kerana ianya adalah musim monsoon semenjak azali lagi.

Gunung merapi di Jawa meletup bukan kerana dewi Nyai Loro Kidul murka. Tsunami Aceh berlaku bukan kerana maqam Syiah Kuala dicemari. Semuanya adalah mengikut aturan bumi dan hukum tabei yang ditetapkan Allah.

Allahuallam.

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
kutuberahak.com
FB: Zainuddin Omar

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.