Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Melawat Cumil – Man at Work di Bratislava Slovakia.

Jika anda merayau di Old City Bratislava Slovakia tentu akan terserempak dengan satu statue yang sangat unik bernama Cumil. Cumil bermaksud ‘watcher’ (pemerhati)  dalam bahasa slovak dan ianya adalah hasil kerja tangan Viktor Hulik. Cumil menonjolkan muka dari manhole dan merupakan statue paling banyak diambil gambar di Old Town ini.

Banyak teori mengenai Cumil yang melambangkan seorang pekerja marhaen semasa zaman komunis yang kurang bekerja tetapi banyak berihat dan melihat orang lalu lalang. Ada yang mengatakan Cumil adalah seorang peeping tom.

Banyak kali kepala Cumil patah kerana dilanggar oleh kereta dan sekarang ini sudah ada papan tanda awas ‘man at work’. Ini adalah satu statue unik yang anda perlu lawat jika berada di Bratisliva Slovakia selain menghayati alam semula jadi yang indah.

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.