Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Masjid Kible (Kiblat) Rize, Turkey

Kekawan yang berada di Trabzon jangan lupa singgah di Rize kerana ada sebuah masjid yang paling unik di pekan ini. Masjid ‘Kible’ terletak 3700 kaki diatas puncak gunung dan pemandangan sekeliling diatas masjid sangat menakjubkan, Subhanallah.

Ianya dipanggil sebagai Masjid Kiblat kerana bukit ini menghadap ke Mekah. Dari atas kelihatan gunung ganang dan awan saperti satu paras dengan dataran masjid.

Mesjid ini baru dibuka pada pengakhir 2016 dan saya difahamkan tiada orang Malaysia yang pernah singgah sehingga kini. Rize adalah kampong Erdogan dan masjid ini dibina menggantikan masjid lama yang berusia lebih 100 tahun.

Dari pekan ke puncak gunung mengambil masa 30 minit dengan kereta melalui jalan yang berliku tetapi apabila sampai diatas, pasti akan terpegun dengan keindahan gunung ganang bersalji, hutan serta perkampungan tradisional yang kelihatan dari puncak.

Semenjak Erdogan menjadi Presiden saya lihat banyak projek infrastructure luar bandar terutama NE Turkey yang selama ini ketinggalan. Banyak tunnel yang saya lalui menembusi bukit saperti panjangnya smart tunnel di KL itu.

Itu lah kelebihan pemimpin yang tidak rasuah dan bekerja untuk kesejahteraan rakyat.

Allahuallam.

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
kutuberahak.com
FB: Zainuddin Omar

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.