Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Masjid Agung Demak

Sepanjang pengalaman hidup ini, selain dari masjid di Haramain terdapat dua masjid yang sangat terkesan dihati saya apabila bersolat didalamnya. Badan berasa seram sejuk, berdiri bulu roma, terasa kerdil dan hati sangat sayu syahdu dengan kebesaran Allah apabila berada dan bersolat didalam kedua-dua masjid ini.

Mungkin masjid masjid ini ada aura nya tersendiri dari alim ulama’ yang membinanya dahulu dengan sifat cinta dan ikhlas mereka terhadap Maha Pencipta. Masjid pertama ialah masjid Angullia (1890) di Serangoon road Singapura. Masjid kedua ialah Masjid Agong Demak di Demak Indonesia.

Masjid Demak (siap 1479) ialah masjid paling tertua di Indonesia dipercayai pernah menjadi tempat berkumpulnya para ulama (wali) yang menyebarkan agama Islam di tanah Jawa yang disebut dengan Walisongo.

Empat tiang utama di dalam masjid yang disebut Saka Tatal/Saka Guru dibuat oleh Walisongo iaitu di sebelah barat laut oleh Sunan Bonang, sebelah barat daya oleh Sunan Gunung Jati, sebelah tenggara oleh Sunan Apel, dan sebelah Timur Laut oleh Sunan Kalijaga. Pembina masjid ini adalah Raden Patah, yaitu raja pertama dari Kesultanan Demak sekitar abad ke-15 Masehi.

Demak merupakan salah satu pusat dakwah agama Islam di Pulau Jawa dan untuk sampai ke Masjid Agung Demak saya terpaksa melencung perjalanan dari Semarang sebelum ke Surabaya. Apabila berada dikawasan masjid kelihatan ramai pelawat kerana ianya destinasi wisata religi paling popular di pulau Jawa.

Masjid yang diperbuat dari kayu jati dan dari sejarah masjid demak ini dibina semasa penduduk pulau jawa masih ramai yang beragama hindu dan buddha. Begitulah sifat toleransi yang tinggi orang jawa yang membenarkan masjid demak dibina disaat mereka masih tidak beragama Islam.

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.