Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Management Style yang sesuai Untuk Bani Melayu

Saya telah berkhidmat dengan berbagai jenis ketua yang mempunyai management style yang berbeza.

Anda tidak akan jumpa stail pengurusan sedemikian dalam buku buku management kerana ianya unik untuk senario dinegara kita.

Selama 35 tahun bekerja saya sudah dapat menilai apa jenis management style yang sesuai untuk office environment di Malaysia khusus untuk pekerja melayu.

Beberapa management style yang pernah saya alami dari bos-bos di Malaysia:

Management by fear.

Bos yang mengamalkan management by fear memang banyak saya temui dalam 35 tahun pengalaman bekerja.

Mereka bermuka bengis dihadapan staf dan langsung tidak tahu senyum, walhal diantara rakan beliau lah paling lawak.

Semuanya sifat berpura-pura sahaja kerana mahukan staf takut kepada beliau.

Dia merasakan jika staf takut, semua kerja akan dilaksanakan tetapi sebenarnya beliau tidak tahu kerja.

Beliau akan marah dihadapan staf lain untuk membuatkan mereka gerun tetapi sebenarnya ingin belajar.

Ada bos yang suka baling fail dihadapan staf lain kerana tidak bersetuju dengan repot yang diterima, tetapi tidak memberitahu atau mengajar apa yang harus dperibuat. Beliau berfikir bahawa staf boleh membaca fikiran beliau.

Ada bos yang marah sehingga mengeluarkan kata kesat dan mencarut kepada staf.

Bos yang mengamalkan management by fear selalunya tidak bertahan lama kerana menanggung stress yang tinggi.

Lambat laun CEO atau orang atasan akan tahu kepincangan beliau yang tidak pandai bekerja dan banyak temberang.

Management by delegation.

Apa apa kerja yang beliau terima akan di-delegate pada pegawai bawahan. Beliau langsung tidak membuat apa-apa kerja tetapi melakukan kerja sebagai posman dan orang tengah.

Setiap hari beliau akan ronda dimeja meja pegawai untuk tahu perkembangan kerja yang di-delegate.

Meja beliau selalunya kemas bersih dan asyik ber-online FB dan WA. Beliau selalunya bergoyang kaki dan tepat waktu rehat akan menghilangkan diri.

Bos yang suka delegate dan tidak membuat kerja yang sepatutnya dibuat sendiri akan terserlah perangai beliau lambat laun.

Management by consensus.

Bos stail ini asyik panggil meeting untuk mendapat jawapan consensus dari pegawai bawahannya walaupun untuk mendapat satu decision yang kecil.

Beliau tidak konfiden pada diri sendiri, mungkin kerana tidak cukup ilmu dan pengalaman. Semua decision beliau mahukan anak buah memberi buah fikiran dan bersetuju dengan beliau.

Setiap hari beliau akan memanggil meeting berkali-kali untuk mendapat kepastian dari staf.

Management by autocratic.

Bos memegang semua kuasa dan membuat keputusan sendirian tanpa memberitahu subordinates.

Jika keputusan diberi pada staf, beliau mengharapkan semua kerja dibereskan dengan cepat tanpa soal.

Jika mana-mana staf tidak bersetuju, beliau akan mengugut akan mengambil tindakan disiplin atau pertukaran tempat kerja atau memalukan beliau dihadapan staf lain.

Autocratic manager menggunakan rasa takut (fear), rasa bersalah (guilt) dan rasa malu (shame) sebagai senjata utama untuk motivasi.

Mereka juga suka micro-managed, dan akan menyiasat setiap gerak geri staf samada mereka mematuhi semua arahan tanpa apa-apa fleksibiliti.

Bos seperti ini adalah ‘slave-drivers’ dan apa apa kejayaan yang diperolehi adalah dari usaha beliau sebagai bos dan bukan dari usaha grup.

Organisasi demikian kebiasaan akan bekerja seperti robot, tanpa menilai buah fikiran yang bagus, tanpa inovasi dan tidak akan menaikkan apa-apa talent dari staf.

Management by Laissez-faire

Bos demikian jenis relax dan take it easy. Beliau sangat baik dengan staf dan kerja secara ‘hands-off’ dan membiarkan staf membuat semua keputusan.

Beliau akan monitor aktiviti pekerja untuk tahu perkembangan tetapi tidak akan campur tangan kerana percaya pada keupayaan pekerja bawahan.

Kebiasaan team tidak akan tahu apa visi bos kerana mereka diberi kuasa untuk melaksanakan kerja tanpa panduan bos.

Apabila bos mempunyai management style laissez-faire, banyak ketika bos dipermainkan oleh staf kerana telah diberi seratus peratus kepercayaan.

Management by objectives and rewards.

Stail ini banyak dipraktikkan oleh syarikat kerana result orientated. Setiap staf diberi objektif setiap tahun untuk dicapai dan pemberian bonus diberi jika objektif tercapai.

Bos akan monitor setiap objektif kakitangan kerana keseluruhan objektif staf adalah objektif bos juga.

Masalah dengan cara pengurusan ini ialah setiap kakitangan akan bekerja dalam silo tidak akan membantu staf lain mencapai objektif syarikat untuk membangunkan hidden talent. Setiap staf bekerja sendirian unless managers pandai mengembelingkan mereka semua untuk bekerja sama.

Apakah management style yang terbaik untuk organisasi bani melayu?

A litle bit of each.

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
Kutuberahak.com
FB: zainuddin omar.

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.