Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Lawatan sejarah ke Troy Turkey

Ramai di Malaysia mengenali Troy dari filem yang dibintangi oleh Brad Pitt sebagai Achilles, Orlando Bloom sebagai Paris dan Eric Bana sebagai Hector.

Trojan pula mereka kenali sejenis sabun basuh yang popular kerana selalu keluar iklan TV3 satu masa dahulu, dan juga nama virus komputer.

Kuda kayu (trojan horse) yang digunakan oleh tentera greek untuk masuk kedalam kubu troy.

Trojan wars adalah peperangan 10 tahun antara Troy dan Greek states, diceritakan oleh seorang berbangsa greek bernama Homer dalam karangan beliau bertajuk lliad (i-li-as) semasa zaman ancient greek kurun ke 8 BCE.

Pelajar negara barat mempelajari dua poem karangan Homer yang terkenal iaitu lliad dan odyssey dari kecil tetapi jarang menjadi bacaan di Malaysia.

Ia bermula apabila Paris anak lelaki raja Priam yang memerintah Troy membawa lari Helen of Troy yang bersuamikan King Menelaus of Sparta.

Helen diceritakan sebagai wanita tercantik didunia pada masa itu sehingga keluar satu frasa kerana kecantikan beliau –

‘The face that launched a thousand ships’.

Apabila Helen dilarikan oleh Paris, Raja Menelaus of Sparta menghantar 1000 kapal perang ke Troy untuk menuntut agar Helen dipulangkan semula kepada Greece, dan bermulalah Trojan wars.

Cerita seterusnya boleh dihayati dengan menuntun filem Troy dimana akhirnya Achilles telah membunuh Hector (abang Paris) semasa duel dihadapan pintu besar kubu Troy dan akhirnya tentera Greek menggunakan Trojan horse untuk masuk kedalam kubu Troy.

Kisah Homer ini mungkin fiction tetapi bekas kubu peninggalan Troy memang ada sehingga hari ini.

Jam 6:30am saya sudah mula bergerak ke bandar Eceabat, sejauh 350km dari Istanbul. Perjalanan selama 5 jam sangat membosankan ke Gallipoli peninsula. Dari Eceabat saya menaiki feri merentas Straits of Dardanelles ke bandar Canakkale dengan bayaran 2 lira selama 25 minit.

Straits of Dardanelles ini dikenali semasa peperangan Gallipoli kerana beberapa kapal perang Allied forces telah ditenggelamkan oleh tentera Uthmaniah kerana mereka menceroboh untuk ke Istanbul melalui Sea of Marmara.

Dari Canakkale terpaksa menaiki kereta ke Troy selama 25 minit dan tiket masuk ke Troy berharga 25 lira.

Troy pertama kali didiami pada 3000 BCE dan sehingga 500 CE (3500 tahun) terdapat 10 peninggalan kubu dibina diatas peninggalan yang lain. Pada masa itu lautan dan pelabuhan hanya berdekatan sahaja tetapi kini ianya telah berubah 5 km jauhnya dari Troy. Berbagai kaum membina semula kubu Troy setiap kali ianya binasa dari peperangan, kebakaran dan gempa bumi selama 3,500 tahun.

Archaeologist menjumpai 10 kubu Troy kesemuanya tetapi lautan yg receding menghasilkan marshes dimana nyamok dan penyakit malaria menyebabkan kubu ini ditinggalkan pada 500 CE (100 tahun sebelum kelahiran rasulullah saw).

Di hadapan pintu kubu Troy dimana Achilles membunuh Hector.

Begitulah satu tamadun berusia 3,500 tahun berakhir sekelip mata disebabkan oleh nyamok yang kecil dan hina.

Peninggalan Troy ditemui semula oleh seorang ahli perniagaan dan archaeologist jerman, Heinrich Schliemann pada tahun 1870.

Bandar Troy ditinggalkan kerana penyakit malaria dan ancaman nyamok setelah didiami beribu tahun.

Team beliau telah menipu Sultan Uthmaniah kerana pada asalnya berjanji untuk membahagi kesemua harta karun dan emas yang ditemui pada kadar 50:50. Mereka telah menyeludup keluar kesemua khazanah yang dijumpai di Troy ke Greece, Germany dan akhirnya ke Russia.

Troy adalah sebuah Unesco World Heritage site dan tidak perlu kesini jika anda bukan seorang peminat sejarah.

Artist impression dimana trojan horse dibawa masuk kedalam kubu Troy
Peninggalan kota Troy yang berusia 4000 tahun

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.