Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Lampu kawasan perkhemahan

Sepatutnya rancangan bercamping di Lata Penyel selama dua malam dan disitu tiada bekalan letrik. Ini bermakna kami perlu bawa lampu malam untuk menerangi kawasan.

Dulu semasa zaman persekolahan kami akan bawa lampu gasolin yang perlu dipam. Bukan mudah untuk menghidupkannya tetapi ianya sangat terang.

Sebab dah lama meninggalkan alam perkhemahan, terpaksalah saya recce jenis-jenis lampu camp dalam pasaran.

Banyak lampu camping bila saya semak dalam online shopping jenis yang perlu dicaj dengan letrik. Ianya boleh bertahan selama 8 hingga 10 jam dan kemudian perlu dicaj dengan source letrik semula.

Jadi, tanpa letrik sudah tentu lampu tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi. Akhirnya saya jumpa lampu yang boleh dicaj menggunakan bateri powerbank handphone dengan usb.

Saya pula banyak stok powerbank dari 10,000mAh hingga 30,000mAh.

Apabila digunakan semasa camping lampu pertama hidup selama 10 jam dan keesokkannya saya caj menggunakan powerbank selama 3 jam. Nampaknya memang lampu ini ok dan tak kuat makan kuasa bateri.

Next camping trip insyaAllah boleh bawa lampu camp ini.

Mungkin ada kekawan mempunyai jenis lampu lain yang boleh store caj lama dan sesuai utk lampu kawasan camping? Bolehlah dikongsikan bersama.

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
kutuberahak.com
FB: zainuddin omar

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.