Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Kuih Mendut Satu Rasa, Tapi Banyak Nama

Jika di Malaysia, kuih mendut ini lebih kurang seperti kuih koci. Bezanya cuma tepung pulut ini diwarnakan hijau dan merah. Intinya sama seperti kuih koci, begitu juga dengan santan pekatnya.

Tetapi ada sedikit kelainan dari segi penyediaannya kerana kuih mendut tidak dibungkus seperti kuih koci. Kuih mendut  dibungkus secara terbuka atau dibungkus seperti bungkusan tapai ubi. Kuih koci pula hanya mempunyai sebiji inti yang dibulat-bulatkan. Kuih mendut pula, mempunyai dua atau tiga biji inti dalam satu bungkusan.

Di Solo dan Jogjakarta juga ia dipanggil mendut. Namun bagi masyarakat Betawi di Jakarta, memanggilnya kuih Bugis. Di Jakarta kuih jenis ini disediakan dengan pelbagai cara. Selain dibungkus dengan daun pisang ia juga dibungkus dalam plastik dan hanya menggunakan satu warna, dan ini dinamakan Bugis cerawis. Ia banyak dijual di kedai-kedai kuih dan di pasar. Bungkusannya menarik kerana kita boleh lihat isi dalamnya.  Kalau di Jawa Tengah ia dinamakan puteri mandi.

Kuih Mendut

BAHAN

  1. 250 gm tepung pulut
  2. 50 gm tepung kanji
  3. 1 sudu kecil garam
  4. 225 ml air
  5. Pewarna hijau dan merah
  6. Daun pisang
  7. Daun pandan

BAHAN INTI

  1. 200 gm kelapa parut muda
  2. 150 gm gula Melaka
  3. ½ sudu kecil garam
  4. Sehelai daun pandan

BAHAN KUAH

  1. 450 ml santan
  2. 1 sudu besar santan pekat
  3. ½ sudu kecil garam

CARA

  1. INTI : Satukan kesemua bahan dalam kuali. Kacau sehingga gula Melaka benar-benar larut dan kelapanya masak. Setelah masak, ketepikan.
  2. KUAH : Dalam periuk lain, satukan ke semua bahan kuah. Masak di atas api yang kecil. Kacau sehingga mendidih dan pekat. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk besar, satukan tepung kanji, garam dan tepung pulut. Tuangkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
  4. Bahagikan doh kepada dua bahagian dan warnakan merah dan hijau. Ketepikan.
  5. Panaskan kukusan seketika, biarkan ia sehingga mendidih.
  6. Ambil sedikit adunan hijau dan merah, bulat-bulatkan dan isikan inti kelapa di tengah-tengahnya. Uli kemas.
  7. Ambil sehelai daun pisang dan lapiskan daun pandan (potong kecil) di atasnya. Letakkan adunan hijau dan merah (dua warna setiap bungkusan) dan sudukan kuah santan di tengahnya.
  8. Bungkus dan semat kemas daun pisang. Kukus selama 30 minit.

Sumber dari https://sajionline.com.my

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.