Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Konsep taharah tandas Malaysia

Setiap kali saya menggunakan tandas awam terutamanya di R&R hiway tentu geli geliman kerana hose bidet berselerak dilantai.

Lantai tandas pula bukannya bersih kerana pengguna Malaysia jarang membersihkan tandas mereka seperti di Jepun atau Iran.

Dalam Islam konsep taharah iaitu suci dan bersih dari najis. Ianya anak kunci syarat sah solat dan wajib diatas tiap muslim dan muslimah.

Semasa mula bertugas di UIAM tahun 1996 saya memperkenalkan hose bidet gantung agar tidak berselerak dilantai.

Konsep saya telah dibawa kepada pengurusan UIAM dan satu mockup dibuat agar semua pegawai atasan UIAM nampak kebaikkannya.

Bukan itu sahaja, saya menggunakan ramai staff berbadan gemok dan kurus untuk menggunakan hose bidet tergantung agar ianya praktikal samada ditandas duduk atau tandas cangkung. Sebagai jurutera saya perlu memastikan konsep baru ini boleh digunakan oleh semua orang tanpa apa apa masalah.

Pengurusan UIAM telah bersetuju dengan konsep saya dan semua tandas awam projek pembangunan menggunakan cara hose bidet tergantung terutamanya bangunan hostel dan kulliyah.

Saya pernah menulis kepada pihak PLUS agar menggunakan cara ini ditandas R&R mereka tetapi tidak dilayan.

Semoga ada pegawai atasan PLUS yang membaca catatan ini agar konsep taharah dalam Islam dapat diterapkan di R&R Hiway.

Hidup biar bermanfaat pada orang lain.

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
kutuberahak.com
FB: Zainuddin Omar

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.