Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Kesilapan lazim merangka pelan kemewahan

Apa maksud pelan kemewahan?

Untuk pembaca baru sila baca artikel saya yang lepas berkenaan pelan kemewahan.

Pelan kemewahan bermaksud rencana jangka panjang untuk anda bersara dengan pendapatan pasif (passive income) dan tumpuan saya adalah pada pelaburan hartanah.

Ini bermakna apabila bersara nanti anda sudah tiada lagi hutang dan mendapat pendapatan pasif setiap bulan tanpa perlu memikir bila ‘next paycheck’.

Dari pengalaman, ada beberapa kesilapan yang saya telah alami sendiri semasa merangka pelan kemewahan pelaburan hartanah dan pemerhatian pada faktor kejayaan rakan-rakan pelabur hartanah.

Plan and strategize.

Sebelum melabur dalam hartanah, tanya diri sendiri apa strategi untuk capai objektif pelan kemewahan.

Jika untuk spekulasi, adakah perlu jual hartanah jika ada sedikit keuntungan atau jika tiada penyewa membayar ansuran bulanan adakah anda boleh survive?

Adakah ansuran bulanan akan menyusahkan cashflow anda dan hidup menjadi perit?

Apa exit plan jika objektif short term tidak tercapai? Tanya dulu soalan berikut agar anda tahu semua risiko yang bakal dihadapi.

Jangan sayang harta.

Tip ini serupa dengan tip pelabur saham yang menggesa pelabur untuk menjual saham jika ada keuntungan.

Jika anda melabur untuk membuat keuntungan jangka pendek, jual hartanah jika ada keuntungan walau sedikit.

Masukkan semua kos seperti cukai RGPT, bayaran guaman, kos repair dll dan kira keuntungan. Duit keuntungan boleh dilaburkan semula pada hartanah yang lebih potensi pada masa hadapan.

Buat homework dan research.

Dalam pelaburan hartanah, penting untuk kita tahu harga hartanah dan demand dikawasan sasaran sebelum membeli.

Misalan, jika anda ingin melabur dikawasan Rawang, semak harga hartanah dan sewaannya disemua kawasan berdekatan dalam radius 10km.

Di kawasan Puchong ada tempat yang menjadi demand tinggi dan ada yang harga mati. Buat kajian sendiri online dan ronda kawasan dengan pandangan mata sendiri.

Jangan gelojoh.

Sifat gelojoh dan tamak kebiasaan merugikan pelabur. Pernah seorang rakan membeli empat rumah sekali gus kerana mendapat diskaun yang baik dari developer tetapi akhirnya rugi terpaksa menjual below cost kerana tidak dapat menjual on time, dan tidak tahan dengan bayaran ansuran bulanan bank.

Networking.

Anda perlu berkawan dengan rakan-rakan yang bekerja dengan estate realty kerana mereka sangat peka dengan harga hartanah. Dapatkan tip dari mereka tentang demand dan market study terkini berkenaan hartanah ditempat pelaburan.

Jangan over commit.

Seorang rakan saya membeli sebuah rumah kedai berharga Rm1.5 juta dengan harapan menjualnya pada harga Rm2 juta setahun kemudian.

Beliau tersilap langkah kerana pembangunan kawasan tersebut tidak melonjak seperti diharapkan. Akhirnya beliau terbeban dengan bayaran RM7000 sebulan tanpa penyewa.

Jangan ‘over commit’ bajet dengan harapan keuntungan berlipat ganda jikalau tiada exit pelan.

Berkawan dengan orang optimist.

Dalam dunia ini ada sahaja manusia yang bersifat pessimist dan takut untuk ambil apa apa risiko. Pada setiap pelaburan hartanah tentunya ada rakan yang menakutkan kita dengan cerita negatif sehinggakan kita terpedaya dan percaya pada celotehan mereka. Akhirnya anda akan sentiasa ditakuk lama.

Seorang rakan saya selalu menceritakan berkenaan orang yang gagal dalam pelaburan sehingga beliau sendiri tidak mempunyai rumah walaupun sudah umur 50’an. Beliau selalu ketakutan untuk membeli rumah kerana khuatir tidak berkemampuan membayar ansuran bulanan.

Cari kawan yang positif, berani dan sentiasa bersemangat untuk memajukan diri dan dapatkan aura beliau agar sama sama berjaya.

Wallahu a’lam.

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
kutuberahak.com
FB: zainuddin omar

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.