Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Kesan Tsunami di Aceh dari pandangan seorang Jurutera.

Pada 15 june 2016 saya berpuasa ramadhan di Aceh dan sempat melawat tempat tempat yang dilanda tsunami. Saya travel solo dan telah membuat sedikit catatan mengenai misteri tsunami di Aceh.

Sebagai seorang ‘UK trained engineer’, minda sukar memproses apa yang saya lihat dengan pandangan mata kasar, apabila melawat peninggalan kesan tsunami di Aceh. Seorang engineer kebiasaan melihat sesuatu secara ‘analytical mind’ sebelum membuat keputusan.

Saya ke Banda Aceh untuk melihat sendiri keranapan alam disebabkan tsunami dan mengkaji untuk memuaskan hati kenapa beberapa bangunan masjid tidak musnah walaupun dihentam beberapa kali oleh monster waves dari laut.

Orang kata bangunan ibadah agama lain dimerata tempat didunia pun tidak hancur dihentam gempa bumi dan typhoon.

Itu untuk kajian selanjutnya oleh engineer lain tetapi Aceh lebih dekat dihati kerana mangsanya seramai 167,000 adalah orang muslim yang sebangsa.

Pada tanggal 26 Disember 2004, berlaku gempa bumi 9.1 skala richter didasar lautan. Kekuatan gelombang arus tsunami berjalan dengan kelajuan 800 km/hr di lautan umpama kelajuan passenger jet plane dan berkurang kepada kelajuan 100km/hr apabila berdekatan dengan pesisiran pantai yang cetek.

Pengurangan kelajuan arus menyebabkan ketinggian ombak tsunami meningkat kepada paras 30 meter (ketinggian dua pokok kelapa) kerana mempunyai ‘energy’ yang sama.

Kekuatan gelombang tsunami di Banda Aceh telah mengheret sebuah kapal janakuasa PLTD Apung seberat 2,600 ton (cuba bayangkan berat 2,600 kereta yg bertindih) 5 km ke daratan. Kekuatan terjahan arus tsunami itu seperti tekanan 20 bar (290psi) iaitu bersamaan kekuatan air yg keluar dari nozzle hos bomba.

Yang pelik nya gelombang tsunami tidak meranapkan banyak masjid ditepi pantai yg diperbuat dari batu bata sahaja walaupun bangunan tepian pantai menerima hentakan gelombang tsunami paling maxima.

Ramai yang sangsi (sceptical) kerana kata mereka bangunan itu utuh kerana pembinaan nya dari teknologi konkrit.

Saya menyewa sebuah kenderaan bersama supir untuk melawat semua tempat yang terkesan dengan tsunami terutamanya tiga masjid yang tidak runtuh.

Supir pun hairan kerana saya nampak seperti seorang forensik engineer meneliti bukti-bukti dari segi teknikal dan bukan seperti turis lain dari Malaysia.

“Pak, kenapa mahu kaji selidik dan menghalusi kesan tsunami pada masjid. Ramai turis Malaysia hanya ambil gambar dan pergi” tanya supir saya bernama Syah. Beliau boring agaknya kerana terpaksa tunggu lama pada sesuatu tempat.

“Syah, saya hanya ingin mencari kedamaian hati kenapa bangunan ini tidak runtuh dihentam tsunami walhal bangunan lain semua ranap. Tentu ada jawapannya” jawab saya.

Ya, saya tidak akan berpuas hati sehingga mendapat jawapan pada persoalan tersebut. Minda inquisitive (ingin tahu) saya tidak tahu duduk diam.

Baik.

Teknologi reinforced konkrit hanya digunakan secara menyeluruh apabila Hoover dam dibina pada tahun 1936 di USA.

Masjid Baiturrahman Banda Aceh di bina pada tahun 1612 dan Masjid Baiturrahim Ulee Lheue dibina pada abad ke 17 dengan sistem ‘load bearing wall’ batu bata (teknologi asal dari orang Roman).

Masjid Rahmatullah di bina pada tahun 1990 dengan teknologi konkrit tetapi dinding nya dari batu bata.

Untuk makluman anda, air dari pancutan nozzle hose bomba dengan pressure 5-10 bar sudah boleh meranapkan dinding batu bata bila ditembak sejauh 5 meter sahaja. Inikan pula kekuatan tsunami dengan tekanan minima 20 bar.

Cuba imagin anda membawa kereta dgn kelajuan minima 100km/hr dan melanggar satu dinding, bukan sekali tetapi tiga kali dengan kelajuan yang sama. Apa akan terjadi?

Begitu lah analogi kekuatan gelombang arus tsunami yg merempuh dan menerjah bangunan-bangunan di Aceh sebanyak 3 kali.

Terpegun saya melihat bagaimana satu kubah konkrit 80 ton (imagin berat kereta 80 biji bertindih) di Kampong Gurah, boleh hanyut 2.5km seperti sebuah pelampung dengan 7 orang duduk didalam nya sebagai penumpang. Sesuatu seberat 80 ton mesti tergolek ditolak air dan tidak timbul seperti sebuah pelampung. Keajaiban misterinya membuat minda saya restless (gelisah).

Kalau kita melihat dgn pandangan mata kasar sahaja, mungkin kita merasa kurang berkeyakinan bahawa kuasa Allah menyelamatkan masjid-masjid ini.

Ramai yang menyaksikan bagaimana gelombang tsunami terbelah dua apabila berdepan dengan masjid-masjid tersebut.

Saya sendiri berbual dengan mereka yang nampak dengan mata kepala bagaimana gelombang tsunami terbelah dua di Masjid Baiturrahman. Mungkin kah mereka menipu? Bukan seorang tetapi ramai yang menyaksikannya.

Semasa saya di Sri Lanka, saya diberitahu oleh orang kampong fenomena serupa terjadi keatas beberapa buah masjid dimana ombak tsunami terbelah dua bila berdepan masjid.

Gelombang pertama meranapkan semua bangunan kayu dari pantai hingga kebandar seperti membuka jalan. Gelombang kedua dan ketiga membersihkan semua menjadikan Banda Aceh padang jarak padang terkukur kecuali tiga masjid tersebut.

Adakah saya dapat merungkai misteri tiga masjid yang tidak runtuh dipalu tiga kali oleh tsunami?

Kuasa pertolongan Allah. Tiada jawapan lain.

Apakah hikmah dari tragedi tsunami?

Aceh telah menjadi lebih aman, tiada lagi pembunuhan antara GAM dan ABRI dan Aceh dianugerah sebagai wilayah autonomi oleh Presiden SBY dgn perundangan Islam diiktiraf oleh pemerintah RI. Benar firman Allah, setiap kejadian ada hikmahnya.

Jalan-jalan lah ke Aceh untuk mencari keinsafan diri dan mengagungkan kebesaran Allah.

Subhanallah
Allahuallam

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
kutuberahak.com

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.