Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Kepentingan fahaman geopolitik kawasan serantau dan sensitiveness bangsa bila berkembara

Di Turkey jika ingin berbicara berkenaan Kamal Ataturk bersama orang Turk, pastikan dahulu samada beliau seorang penyokong Erdogan atau tidak, kerana hanya 51% rakyat Turkey dibelakang parti AKP. Jika mengutuk Kamal Ataturk dihadapan rakyat Turkey yang anti Erdogan mungkin anda akan diherdik dan dipukul.

Di Malaysia kita disogok oleh para ostat dan lambakan buku buku yang mengutuk Kamal Ataturk sebagai pembenci Islam tetapi di Turkey beliau disanjung tinggi sebagai seorang patriot yang menyelamatkan Turkey dari kuasa barat selepas Perang Dunia Pertama.

Di Thailand jika mengkritik Raja Siam, anda mungkin dikenakan 5 tahun penjara disabitkan undang-undang ‘lese-majeste’

Apabila travel dinegara Old Silk Road ini yang merangkumi sebahagian kawasan Turkey, Central Asia, Iran dan Caucasus ada beberapa travelling etiquette yang perlu di hormati.

Sebelum travel elok buat research berkenaan geopolitik kawasan ini yang sentiasa bergolak dan jangan cuba main redah aje (ramai kaki redah sebab malas membaca).

Pertalian diplomatik Turkey dan Armenia masih tegang kerana pergolakkan Turkey-Armenia telah berlarutan dari zaman Khalifiyah Uthmaniah dimana didakwa oleh barat bahawa 1.5 juta bangsa Armenia dibunuh oleh Uthmaniah.

Ini bermakna anda mungkin ditangkap (atau kena pukul dahulu) jika memakai t-shirt bulan bintang turki di Armenia.

Iran dan USA adalah seteru besar kedua negara bermula apabila pelajar Iran menguasai US Embassy di Tehran pada tahun 1979 selama 444 hari. Kejatuhan Shah Iran dan pembetukan Islamic Republic of Iran menjadikan US dan Iran memulakan permusuhan kedua negara tersebut sehingga sekarang.

Tentunya sesiapa yang memakai baju yang berlogo US flag tidak disukai oleh setengah rakyat Iran.

Saya pernah melihat pelapik kasut yang dipijak ramai dihadapan kedai yang mempunyai logo bendera Israel dan US di Iran.

Kami ditegur dan bendera Malaysia dirampas kerana mengambil gambar dengan jalur gemilang dihadapan monumen Cyrus the Great di Shiraz Iran. Pegawai keselamatan menjangka ianya bendera Amerika. Jangan lah memakai baju berlogo jalur gemilang kerana ianya mirip bendera Amerika kalau tidak mahu disalah ertikan.

Berhati hatilah mengibarkan jalur gemilang dinegara yang anti Amerika kerana kadangkala dianggap sebagai bendera Uncle Sam.

Apabila kami masuk ke Azerbaijan dari Georgia, soalan pertama diajukan oleh border guards diperbatasan adalah ‘Have you been to Armenia?’

Armenia dan Azerbaijan masih berperang mengenai kawasan Nagorno Karabakh dimana ianya milik Azerbaijan tetapi kebanyakan penduduk adalah orang Armenia yang menuntut kemerdekaan.

Jika paspot mempunyai stamp Nagorno Karabakh tentunya tidak dibenarkan masuk ke Azerbaijan. (Kebiasaan pelawat stamp Nagorno Karabakh dikertas asing saperti masuk ke Israel).

Ada rakan saya di interrogate berjam di perbatasan Kazakhstan-China di Urumqi. Walaupun ianya pengalaman baru untuk mereka tetapi sebenarnya ianya menyusahkan kerana mereka didiskriminasikan dan semua pakaian dipaksa dilondehkan.

Pada saya border guards China sengaja membuat muslim profiling seperti mana US melakukan muslim profiling keatas mereka yang datang dari sebahagian negara Islam. Sesiapa yang ada nama Islam dipaspot dan berjanggut atau bertudung untuk wanita Islam, mereka akan kenakan lebih check dan interrogation.

Semuanya ini kerana China sedang bergelut dengan separatist movement di Xinjiang. Jadi berhati lah jika membawa bahan bahan berunsur keagamaan di China.

Pengembara mestilah membuat research ‘The Do’s and The Dont’s’ jika ingin berkembara dikawasan hotspot seperti diperbatasan Iran-Iraq-Kurdistan-Turkey, Russia-Kazan-Chechnya, Ukraine-Russia dll.

Jadi lah pengembara yang bijak dan bukan kaki redah.

Wallahu a’llam.

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
kutuberahak.com
FB: zainuddin omar.

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.