Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Kenapa Islam di Georgia agama minoriti?

Apabila melihat peta kawasan Caucasus saya terfikir kenapa Georgia bukan negara majoriti Islam walhal jiran nya kebanyakan negara Islam?

Georgia hanya mempunyai 10% penduduk Islam dari mazhab syiah dan sunni yang tinggal bertaburan di perbatasan Georgia/Turkey/Armenia/Azerbaijan.

Islam mula bertapak di Georgia mulai tahun 654 apabila Khalifah Uthman RA menghantar satu kontigen tentera Islam menakluk empayar Iberia dikawasan Caucasus ini.

Tbilisi, ibu negara Georgia berasal dari bahasa arab, Al-Tefelis.

Dari tahun 654 sehingga akhir kurun ke 18, kawasan Georgia bertukar tangan dari Khilafah Islam bermazhab Sunni (Umayyah, Abbasiyah dan Uthmaniah) kepada dinasti Safavid yang bermazhab Syiah.

Khilafah Sunni dan Safavid yang berpusat di Isfahan Iran tidak berbaik dan sering berperang untuk memperluaskan jajahan mereka.

Pada ketika itu kesemua kawasan Georgia mempunyai penduduk yang beragama Islam. Perbalahan Sunni dan Syiah (kafir mengkafir terhadap satu dengan lain telah bermula dari kurun ke 7) menyebabkan pemerintahan kedua dua empayar Khilafah sunni dan Safavid syiah menjadi lemah.

Stesen keretapi Baku Azerbaijan

Pada tahun 1801, Empayar Czarist Russia telah menakluk kesemua kawasan Georgia yang dibawah pemerintahan Uthmaniah yang mulai lemah akibat perbalahan dengan Safavid Syiah.

Sehingga sekarang (200 tahun dibawah empayar Czarist Eastern Orrhodox) hanya 10% sahaja orang Islam yang tinggal dan lainnya menjadi pengikut Eastern Orthodox Church.

Apa yang saya dapat rumuskan mengenai sejarah Islam di Georgia, perbalahan antara Kerajaan Sunni dan Syiah selama lebih 1000 tahun adalah penyebab utama kepada negara Georgia menjadi negara majoriti bukan Islam.

Masjid Tbilisi Georgia

Pada tahun 2010, Kerajaan Erdogan Turkey telah menandatangani perjanjian bersama Kerajaan Georgia untuk membaik pulih tiga masjid peninggalan empayar Uthmaniah dan membina sebuah masjid baru di Georgia.

Apakah keuntungan kepada umat Islam apabila Ulamak Sunni dan Syiah mengkafirkan antara satu dengan lain?

Ambil lah pedoman dari sejarah Islam Georgia di mana umat Islam menjadi minoriti sekarang ini dari perbalahan Sunni-Syiah selama 1000 tahun.

Wallahu a’lam.

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.