Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Kenangan di Oslo Central Station

Semasa berada di Oslo Central Station pada tahun 2017, terimbau kenangan pertama kali menjejak kaki disitu pada satu pagi yang dingin pada 1978 dalam keadaan lapar dan tidak berduit.

Kami terpaksa merayau dibelakang station mencari kedai makan dan terjumpa sebuah cafe yang dimiliki seorang warga pakistan. Kami hanya memesan kuah dhal untuk dimakan bersama roti sahaja. Di station ini juga menjadi tempat bermalam sebelum menunggu train ke Utara Norway.

40 tahun dahulu Norway sudah mempunyai standard of living yang paling tinggi di Eropah setara dengan Switzerland. Orang Sweden dan Denmark pun mengeluh kerana barangan mahal di Norway berbanding negara mereka.

40 tahun dahulu sehingga sekarang Norway masih sebuah negara yang bersih dan kecantikan lanskap nya masih memukau.

Ekonomi Norway bergantung pada penjualan minyak North Sea dimana pengeluarannya tak banyak berbeza dengan negara kita. Dengan kekayaan duit minyak tanpa ketirisan, Norway lebih maju dari negara lain dan Malaysia patut mengambil iktibar bagaimana pemimpin Norway boleh melakukannya.

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.