Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Kembara Amsterdam tahun 70-an: Perangai orang belanda GO DUTCH.

Kembara Amsterdam tahun 70-an: Perangai orang belanda GO DUTCH.

Holland adalah negara paling liberal diantara negara liberal di Eropah.

Ianya adalah negara yang pertama meluluskan ‘same sex marriage’.

Negara pertama meluluskan industri pelacuran, negara pertama meluluskan euthanasia (pilihan sesaorang untuk mengambil nyawa sendiri) dan negara pertama meluluskan penjualan dadah atas kegunaan peribadi.

Walaupun begitu, orang Holland sangat open minded dan rakyat mereka mempunyai kuasa veto tersendiri.

Tentera Holland zaman 70’an dibenarkan mempunyai rambut panjang dan sangat pelik melihat anggota askar mereka berambut panjang saperti hippies.

Lane basikal ada merata di Holland kerana rakyat mereka tersangat benci kepada motoris.

Yang berbasikal pula pantang memakai helmet kerana basikal mereka tiada bergear dan serupa dengan basikal yang digunakan oleh orang Bangla di Malaysia.

Pada masa trip saya pada 1978, saya suka minum kopi di cafe yang bertaburan berdekatan The Dam square.

Didalam cafe terdapat ramai orang sedang high kerana menghisap hashish.

Mereka akan pass joint dengan kawan kawan sambil tergelak kerana high.

Saya suka memerhati gelagat mereka yang high kerana tidak seteruk mereka yang mabuk arak.

Mereka yang mabuk arak boleh bergaduh sesama sendiri tetapi mereka yang high tidak menyakat sesiapa.

They are in their own dream world.

Selalu nya mereka akan memasang Juke Box untuk mendengar muzik dengan kuat.

Apabila high, muzik saperti berstereo dolby digital bermain di telinga dan pancaindera boleh mendengar setiap bunyi alat muzik dengan jelas.

Setiap perkataan yang keluar dari mulut rakan saperti satu lawak jenaka dan mereka akan ketawa bersama tanpa sebab kerana efek hashish persis saperti orang gila.

Cafe juga menyediakan makanan rengan kerana kaki hashish selalu nya cepat kelaparan apabila high.

Dicorong radio pula, DJ akan mengumumkan harga pasaran hashish setiap gram pada hari itu.

Semua ini menjadi culture shock kepada saya apabila di Amsterdam pada masa itu.

Pernah saya ditahan semasa berjalan jalan disebuah park berdekatan The Dam square oleh saorang pusher Maluku.

Dia cuba menjual kepada saya seketul hashish seberat satu kilo. Tentu nya saya menolak tawaran nya walaupun murah.

Bajet saya hanya £1 sehari untuk lunch dan dinner. Itu pun kerap kali miss.

Holland pernah menjadi negara maritim terkuat pada masa dahulu kala sehingga berjaya menawan Melaka pada 1641 dengan mengalahkan armada Portuguese menggunakan beberapa Kapal Perang sahaja.

(Kadangkala saya terfikir kenapa Melaka boleh senang jatuh kepada penjajah portuguese pada 1511 walhal ramai tok bomoh kita yang terkenal dengan jampi serapah dan panglima yang boleh terbang kesana kesini serta mempunyai lembing yang boleh terbang saperti lembing Awang pulang ke Dayang?)

Orang Holland terkenal dengan perangai kedekut mereka dan perkataan ‘Go Dutch’ bermaksud membayar sendirian walaupun beramai semasa berjamuan di restoren.

Pernah kami bersama saorang rakan dari Holland berlepak disebuah Cafe di Chiengmai Thailand pada tahun 2013.

Dia asyik memesan bercawan cawan latte coffee tetapi mengeluarkan wang membayar bahagian dia sahaja.

Kawan saya yang akhirnya membayarkan semua walhal kami hanya minum secawan kopi sahaja.

Begitu lah budaya ‘Go Dutch’ dimana mereka telah terbiasa dengan cara hidup begitu.

Pada tahun 1985 saya berbackpacking bersama isteri dan tinggal seminggu di Holland.

Kami travel dari Utara ke Selatan dan puas merayau diseluruh Holland. Walaupun negara kecil dan 26% tanah mereka dibawah paras laut, orang Holland sangat resilient dan maju dari segi teknologi.

Amsterdam saperti London adalah sebuah bandar yang memerlukan masa untuk dijelajah tanpa perlu terkejar-kejar. Setakat sehari dua anda tidak akan merasai ‘the vibe of the city’.

Perhatikan bangunan-bangunan lama di Old City yang mempunyai bentuk ‘roof facade’ yang berbeza-beza.

Pada zaman dahulu, rumah rumah dibina tanpa bernombor. Menjelang malam, didalam keadaan mabuk, penghuni mencari rumah mereka dengan melihat rupa bentuk ‘roof facade’ sahaja. Ianya sesuatu yang unik di Amsterdam.

Merayaplah mengikut liku-liku canals dan jalan kecil serta rasai ‘vibe’ kehidupan penduduk Amsterdam.

Sewaan basikal sangat murah dan berbasikal-lah saperti orang sana dan jangan lupa untuk ‘stop and smell the roses’.

Saya seronok semasa di Amsterdam kerana bandar nya mempunyai character.

Suasana di Amsterdam sangat berbeza dengan bandaraya lain kerana terusan, architecture bangunan dan penduduknya ‘blend together’ menjadikan ianya bandaraya yang unik.

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.