Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Kegilaan Bani Melayu memiliki Vellfire

Saya mempunyai beberapa rakan yang menggunakan kereta mewah Vellfire dan Alphard.

Harganya bukan murah, melebihi Rm300k untuk jenis eksklusif engin V6, seat duduk mewah dengan kelengkapan moden.

Sekarang mereka semua mahu menjual kereta mewah tersebut.

Vellfire adalah sebuah MPV besar tujuh tempat duduk atau lapan yang menjadi raja MPV di Malaysia sejak Toyota Jepun memperkenalkannya pada 2008.

Pada tahun 1999 Toyota telah menghasilkan MPV yang dikenali dengan nama Granvia.

Ia menggunakan kerangka “van” Hiace yang mengekalkan konfigurasi pacuan roda belakang tetapi diserapkan dengan elemen mewah di bahagian kabin.

Saya masih ingat pada zaman tersebut hanya para kontrektor yang ramai membeli Granvia atau high end Hiace ini. Orang biasa jarang membeli kerana terlalu besar untuk menyelit dalam trafik.

Apabila Alphard dikeluarkan, Nissan cuba meletakkan Elgrand mereka di depan. Honda mencuba pada 2004 dengan Elysion tetapi menghentikannya pada 2013.

Pada 2008 banyak Vellfire dibawa masuk sebagai kereta reconditioned (recond) oleh AP permit holders yang kebanyakan adalah syarikat melayu tetapi di Ali Babakan kepada penjual cina.

Tetiba rakyat Malaysia berebut membeli Vellfire sebagai status symbol dengan dimulakan oleh ahli politik.

BBNU dan usahawan yang baru nak naik sanggup membayar instalmen lebih Rm3000 sebulan untuk memiliki Vellfire atau Alphard recond.

Golongan artis dan penyanyi pula anggap kereta mewah ini sebagai satu status simbol dan making a statement – ‘I have arrived’.

Harganya sekitar RM300,000 hingga RM400,000 untuk spesifikasi paling rendah 2.5 X hingga spesifikasi sederhana ZG. Model 3.5 EL pula lebih setengah juta ringgit.

Sekarang ini dengan suasana ekonomi yang tidak menentu dan recession yang akan berlaku, kereta mewah seperti Vellfire dan Alphard sudah menjadi satu liabiliti besar.

Setiap bulan mana nak cekau duit Rm3k-Rm5k untuk bayar instalmen untuk mereka yang tidak bekerja kerana hilang pekerjaan?

Seperti yang pernah saya katakan hidup ini janganlah terlebih besar periuk kerana akan besar kerak nya. Akhirnya nanti anda terpaksa makan kerak kerana kehabisan nasi.

Hiduplah secara modest dan sederhana tanpa berhutang. Tak kesah dengan Myvi dan Iriz asalkan kenderaan tersebut tidak menjadi biawak hidup.

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
FB: zainuddin omar
Kutuberahak.com

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.