Apabila mendapat gaji pertama sebagai jurutera di JKR pada September 1981, saya recce kedai jam di Komplek Pertama jalan Tunku Abdul Rahman. Akhirnya saya memilih jam otomatik Rado Diastar dan beli dengan harga Rm650. Sehingga sekarang ianya masih berjalan dengan baik walaupun tidak pernah servis selama lebih 40 tahun. Setiap kali saya pegang dan belek jam ini, tentunya nostalgia dan terimbau peristiwa semasa zaman mula bekerja.
Belilah apa apa souvenier peringatan untuk diri sendiri setiap kali melepasi ‘milestone’ dalam kehidupan.