Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Intisari lawatan negara East European 2018

  1. Negara paling mahal. Austria. Harga semua dalam euro dan setanding dengan Switzerland. Harga hotel dan Air BnB dua kali ganda mahal dari negara EE lain.
  2. City paling kemas dan liveable. Vienna dipilih sebagai the best city to live in the world kerana selamat, mempunyai first class public transportation, bersih dengan recreational facilities yang terbaik. Saya dapati taman dijaga dengan baik dan mempunyai tempat rehat disediakan untuk penduduk tempatan.
  3. City tua tercantik. Cesky Krumlov Czech Rep. kerana bangunan lama yang masih terjaga.
  4. City tercantik. Budapest kerana bangunan lama yang tersusun cantik dimerata tempat berdekatan Sungai Danube.
  5. Pekan yang mengasyikkan. Berada di Hallstatt seperti dibawa ke zaman silam dengan pemandangan picturisque.
  6. Pemandu paling teruk. Romania dan Bulgaria. Pemandu mereka tiada etika, membawa kereta laju dan tidak penyabar.
  7. Negara paling murah. Romania dimana harga barangan seperti di Malaysia.
  8. Pemandangan jalan paling cantik. Alpine road di Austria dan Transfagarasan highway di Romania.
  9. Penduduk paling segak. Slovakia.
  10. Castle paling cantik dan tersergam. Neuschwanstein castle Bavaria Germany.
  11. Negara paling boring. Slovenia kerana kecil dan tiada banyak tempat tarikan.
  12. Jalanraya paling baik. Austria, Czech Rep, Germany, Slovakia, Slovenia dan Hungary.
  13. Negara paling ramai gelandangan. Romania dan Bulgaria.
  14. Negara paling banyak monumen Islam. Sofia dan Bulgaria.
  15. Bandar disebut sebagai syurga dunia oleh turist arab. Zell Am See dan Kuprun di Austria kerana selalu hujan, sejuk dan bersebelah tasik.
  16. Jalan paling bahaya diwaktu winter. Transfagarasan Highway di Romania.
  17. Bandar paling overated. Prague kerana Old town sangat kecil dan mahal.
  18. Bandar paling ramai turist terutama dari USA. Budapest Hungary.
  19. Negara paling mendatar tanpa pergunungan. Hungary.
  20. Tempat paling ramai turist. Bran @ Dracula’s castle Romania walhal ianya bukan tempat sebenar Dracula@Vlad the Impaler.
  21. Negara yang saya paling suka. Tentunya Austria kerana pemandangan indah.
  22. Bandar yang paling saya suka. Vienna kerana bersih dan relaxing.
  23. Bandar paling boring. Bucharest.

Ini hanya pendapat saya dan traveller lain mungkin mempunyai pendapat yang berbeza.

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
FB: zainuddin omar
kutuberahak.com

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.