Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

Impian Persaraan Bani Melayu

Banyak catatan saya adalah dari penelitian dan liku pengalaman semasa zaman bekerja yang saya ingin kongsikan pada orang muda.

Anda sendiri mungkin akan mengalami fasa yang sama tetapi eloklah belajar dari pengalaman orang lain agar perjalanan hidup lebih mudah dan bermakna.

Nothing better than learning from other’s experiences, pitfalls and perils.

Ada beberapa perangai orang melayu yang saya perhatikan boleh diperbaiki dan disesuaikan dengan zaman sekarang terutama mereka yang sedang memasuki alam persaraan.

Keinginan rumah besar 10 bilik.

Beberapa rakan yang bekerja dengan ejen hartanah memberitahu saya bahawa trend sekarang ialah pasangan berumur menjual banglo mereka dan berpindah kepada rumah teres atau condo yang lebih kecil.

Semasa umur muda mereka bertungkus lumus mencari duit dan berhutang membeli rumah besar agar semua anak selesa apabila balik beraya.

Tetapi hakikatnya, 350 hari dalam setahun, hanya kesunyian dirumah kerana anak-anak sudah mempunyai keluarga dan rumah sendiri. Atok hanya mendiami satu bilik dan sembilan bilik lain dipenghuni oleh jin. Lagi pun bukan mudah membuat penyelenggaraan rumah besar dalam usia tua.

Anak yang balik raya sekarang ini boleh menyewa homestay atau hotel untuk beberapa hari.

Fikir-fikirlah samada anda perlu bertungkus lumus bermatian membeli rumah besar yang akan menjadi white elephant atau dijual semula oleh anak-anak apabila ketiadaan orang tua nanti.

Vellfire.

Setiap orang pencen bercita-cita memiliki vellfire kerana kereta besar ini boleh membawa ramai ahli keluarga dengan comfy. Hakikatnya kereta berstatus tinggi ini bukan murah dan mempunyai kos penyelenggaraan yang tinggi.

Apabila ditanya kepada seorang rakan kenapa beliau kerap memakai Proton Iriz walaupun mempunyai Vellfire,

“Sangat convenient bawa kereta kecil pergi kedai short errants dan parking pun mudah” balas beliau yang mengaku memakai Vellfire sekali dua dalam sebulan sahaja.

Apabila difikir secara rasional adakah berbaloi menyimpan satu kenderaan yang mempunyai penyelenggaraan, insurance dan cukai jalan yang tinggi tetapi digunakan sekali sekala.

Ingin memiliki tanah durian 10 ekar.

Kerap saya mendengar rakan-rakan yang ingin berkebun selepas bersara mengusahakan ladang durian 10 ekar.

Walaupun ianya satu impian yang bagus, menanam durian memerlukan komitmen dan modal yang tinggi. Saya selalu menasihatkan agar impian tersebut dimulakan secara kecilan dari usia muda bukan ketika badan sudah kerepot.

Kecuali jika anda ingin mengupah pekerja asing menjaga kebun, kesemua kerja kebun terpaksa dibuat sendiri seperti membaja, meracun, weeding, pruning, dan memungut buah. Itu semua memerlukan tenaga empat kerat.

Kebiasaan bila rakan-rakan pencen bertanya berkenaan hobi tanaman durian, saya akan menjawab,

“elok kau beli aje durian kat kedai bila teringin nak makan. Jangan menyusahkan diri nak tanam sendiri pokok durian diusia tua. Don’t buy a cow to drink milk. Just buy the milk at the supermarket”.

Grand wedding untuk anak.

Beberapa rakan saya menghabiskan duit simpanan beratus ribu untuk anjur majlis perkahwinan di hotel 4 star.

Walaupun upacara sehari sahaja tetapi majlis perkahwinan dibuat paling meriah dan gah sekali.

Saya tidak mahu komen lebih berkenaan perkara ini tetapi berpendapat adalah lebih baik kos belanja tersebut diserah pada young couple untuk membina hidup baru. Cukuplah sekadar majlis simple dan ala kadar yang dituntut oleh agama.

Bila bersara nak duduk masjid.

Impian kemasjid lima waktu adalah sangat baik tetapi jika tidak menjadi tebiat dari muda ianya bukan perkara mudah. Hati perlu diajar untuk berpaut pada masjid sebelum pencen agar ianya dijadikan sebagai habit.

Impian travel satu dunia.

Semua mempunyai impian travel satu dunia apabila pencen tetapi hobi ini memerlukan banyak wang dan sihat tubuh badan. Saya nasihatkan agar rakan-rakan belajarlah travel sedikit demi sedikit diusia muda dan bila bersara nanti, badan dan poket tidaklah terkejut.

Seorang rakan terlalu asyik dan gamit travel selepas bersara sehinggakan habis semua duit epf beliau dalam setahun. Selepas itu beliau menjadi murung dan mengalami depression.

Impian untuk bekerja sehingga mati.

Ramai rakan saya yang gelisah selepas bersara dan sebuk mencari pekerjaan lain kerana tidak bersedia dari segi moral dan belanjawan. Jika pekerjaan dianggap seperti hobi tidak mengapa asalkan tiada stress tinggi.

Untuk bersara perlu proper planning, right mental dengan pasif income yang mencukupi.

Barulah boleh ‘Bersara Dengan Bergaya’.

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
FB: zainuddin omar
Kutuberahak.com

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.