Full-time traveller, part-time worker, professional dreamer

Zainuddin Omar

Zainuddin Omar

Seorang Jurutera Professional (P.Eng) berasal dari Parit Jawa, Muar, Johor kini memenuhi masa dengan mengembara keseluruh dunia mencari ibrah. Beliau mempunyai 40 tahun pengalaman kembara dan mula mengembara pada usia 17 tahun.

“How much is enough” untuk bersara awal cara minimalist?

Inilah soalan yang kerap ditanya kepada saya oleh rakan-rakan yang bercadang untuk bersara awal. Memandangkan saya sudah bersara lebih 8 tahun dari perkhidmatan kerajaan dan masih mampu tersenyum, ianya satu soalan yang mudah untuk dijawab jika anda ingin bersara sebagai seorang minimalist.

Minimalist bermaksud mengurangkan gaya hidup (downsizing your lifestyle) selepas bersara berbanding semasa zaman bekerja. Saya rasa ianya mudah untuk dilakukan oleh orang pencen yang tidak lagi bernafsu besar. Lainlah jika anda seorang ahli politik.

Kunci merancang hidup sebagai minimalist selepas bersara ialah menyenaraikan semua aliran duit keluar setiap bulan dan usahakan untuk mengurangkan ketirisan wang dari poket anda. Misalnya jika anda makan di restoren sepuluh kali sebulan, seorang minimalist boleh kurangkan kepada dua kali sebulan.

Berpindah kepada rumah yang lebih kecil boleh mengurangkan bil utiliti dan penyelenggaraan. Jika kaki golf, anda boleh kurangkan bermain golf atau bertukar hobi lain yang lebih murah. Apa-apa pun seorang minimalist mesti tiada hutang apabila bersara nanti.

Kiraan mudah seorang minimalist perlu 80% dari last pay. Jika anda bergaji RM6000 sebelum bersara, anda perlu RM4,800 untuk hidup ‘comfy’ setiap bulan selepas bersara. Ini bermakna anda perlu RM57,600 setahun dan RM1.15 juta untuk 20 tahun selepas bersara.

Satu lagi cara kiraan ialah cara 25. Jika pulangan dividen KWSP adalah 4%, anda boleh mengeluarkan 4% (1/25) setiap tahun disamping menikmati 4% setiap tahun sebagai dividen. Ini bermakna simpanan di KWSP anda tidak akan berkurangan.

Jika anda perlu RM4,800 setiap bulan, anda perlu keluarkan RM57,600 setiap tahun dan ini bermakna anda perlu simpan RM1,440,000 (RM57,600×25) dalam dana KWSP sebelum bersara. Ini semua hanya panduan untuk kiraan mudah dan masing-masing perlu menyesuaikan dengan kehidupan dan gaya hidup sendiri.

Jadi apakan perbelanjaan bulanan yang perlu dibayar selepas bersara? Contoh kiraan mudah :

  1. Bil utiliti rumah – RM500
  2. Transportation (petrol, repair, service kereta) – RM250
  3. Makanan – RM300
  4. Insurance – RM200
  5. Percutian – RM500
  6. Entertainment – RM300
  7. Kontigensi – RM200

Jumlah sebulan = RM2250.

Ini contoh perbelanjaan seorang minimalist sebulan dan dari kiraan diatas anda hanya perlu RM675,000 dalam dana KWSP sebelum bersara. Kiraan boleh rendah atau tinggi mengikut lifestyle atau gaya hidup anda selepas bersara.

Wallahu a’lam.
Ir. Haji Zainuddin Bin Haji Omar

Catatan oleh:

Buku #kutuberahak HARD COPY Limited Edition Collectors item. (Diari Kembara 40 Tahun Si Kutuberahak)

BAGAIMANA MEMBELI? BUKU HARD COVER.