Beberapa tahun lepas saya melawat kerumah teres seorang kenalan di Taman Medan. Apabila masuk kerumah saya lihat bermacam barang berlonggok disana sini penuh satu rumah sehingga tiada tempat untuk duduk. Terpaksa saya alihkan beberapa barang untuk ke meja makan bertemu ibu bapa kenalan tersebut.
Saya diberitahu oleh kenalan bahawa parents beliau adalah hoarders.
Hoarders adalah mereka yang berpenyakit suka menyimpan barang dan sangat susah untuk berpisah dengannya. Mereka akan berada stres jika barangan milik mereka dipisahkan tak kira samada barangan mahal atau murah.
Rumah hoarders tiada tempat kosong kerana setiap inci dipenuhi barangan. Kalau ada pun hanya tempat tidur dan tempat makan.
Perangai hoarders bermula dari muda dan menjadi kronik bila meningkat dewasa. Semua barangan disayangi dan difikirkan ada keperluan satu masa nanti. Akhirnya rumah menjadi satu stor besar.
Trend sekarang adalah untuk menjadi seorang minimalist. Ianya bukan mudah tetapi hati boleh diajar untuk berpisah dengan barangan yang tidak diperlukan.
Prinsip minimalist adalah konsep 90/90.
Lihat pada barangan milik anda. Adakah anda telah menggunakannya dalam masa 90 hari?
Adakah anda akan menggunakannya dalam masa 90 hari lagi?
Jika tidak, maka anda boleh ‘let go’ barangan tersebut.
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar